jata negara small
 

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN
FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023
 
Bil. 14/2024



  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) pada 18 April 2024 (Khamis) jam 11.00 pagi.

  2. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 18 April 2024 (Khamis), jam 12.00 tengah hari melalui:

    1. Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKad dan No. Angka Giliran; atau
    2. UPKK<jarak>No. MyKad<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888.

3. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2023 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 19 April 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

Sekian, terima kasih.

DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 April 2024