‘Sanjungan Kasih...Syurga Di Hati’

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama PUSPANITA Jakim telah berjaya menganjurkan Seminar Rumahku Syurgaku bersempena sambutan Hari Ibu dan Bapa 2009 pada 10 Jamadilakhir 1430H bersamaan 04 Jun 2009M bertempat di Auditorium D8, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Tema seminar kali ini adalah ‘Sanjungan Kasih...Syurga Di Hati’.

 

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Seminar selama sehari ini telah telah berjaya menarik minat lebih 1000 peserta yang terdiri dari ibu bapa dan anak-anak dari pelbagai agensi kerajaan seperti PDRM, KAGAT dan kementerian-kementerian sekitar Lembah Klang. Selain itu juga, seminar ini turut dihadiri oleh ahli-ahli PUSPANITA Kebangsaan dan dari lain-lain kementerian.

 

Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Puan Sri Wan Noorlina binti Wan Hussin, Yang Di Pertua PUSPANITA Kebangsaan. Turut hadir Y.Bhg. Dato' Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd Aziz, Ketua Pengarah Jakim dan Y.Bhg. Datin Hjh Saadiah binti Ahmad Rushdi, Pengerusi Puspanita Jakim, dan Ahli Jawatankuasa Kerja PUSPANITA Kebangsaan.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Y.Bhg. Tuan Hj Ghafani bin Awang Teh, Pengarah Bahagian Kesuma, Jakim. Manakala ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Puan Sri menyeru kepada semua hadirin terutama ibubapa agar menguruskan rumahtangga dengan baik dan perlu bijak menguruskan masalah yang berlaku dan sama sekali tidak menjadi tontonan kepada anak-anak.

 

Objektif seminar ini diadakan adalah untuk mewujudkan institusi keluarga yang bahagia ke arah melahirkan masyarakat penyayang dan bersatu padu, melahirkan masyarakat yang berkualiti dan menghargai keluarga, meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu kekeluargaan seperti ilmu rumahtangga dan ilmu didikan anak-anak dan akhri sekali memantapkan institusi keluarga dalam mendepani ancaman dan cabaran globalisasi.

 

Pengisian seminar ini adalah seperti berikut:

 

Forum : ”Dua Jiwa, Satu Hati”

Moderator : Ustaz Zakaria bin Othman (Jakim)

Panel : Ustazah Zawiah binti Hassan (Jakim)

Ustaz Alwi bin Parman (JAIS)

 

Pembentangan Kertas Kerja 1

“Antara ibu dan isteri: Siapa keutamaan suami?”

Oleh : Encik Norazman bin Amat

(Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan)

Pembentangan Kertas Kerja II

 

“ Dwi kerjaya mengugat kebahagian keluarga?”

Oleh : Dr. Robiah K. Hamzah

Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga

 

Tidak ketinggalan juga, seminar ini turut diserikan dengan persembahan menarik drama bertajuk ”For You, My Brother” oleh pelajar-pelajar Institut Quran Kuala Lumpur (IQKL).

 

Seminar ini berakhir kira-kira jam 4 petang, semoga seminar kali ini dapat memberi panduan dan galakan kepada lelaki @ suami @ bapa, wanita @ isteri @ ibu dalam mengharmonikan kesejahteraan rumahtangga disamping memberi tumpuan sepenuhnya mendidik anak-anak menjadi Khaira Ummah kelak.

 

Tetamu kenamaan (dari kanan) Y.Bhg. Datin Hjh Saadiah binti Ahmad Rushdi, Pengerusi Puspanita Jakim, Y.Bhg. Puan Sri Wan Noorlina binti Wan Hussin, Yang Di Pertua PUSPANITA Kebangsaan dan Y.Bhg. Dato' Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd Aziz, Ketua Pengarah Jakim.

 

Ucapan Perasmian Seminar Rumahku Syurgaku 2009 oleh Y.Bhg. Puan Sri Wan Noorlina binti Wan Hussin, Yang Di Pertua PUSPANITA Kebangsaan.

 

Ucapan Aluan Seminar Rumahku Syurgaku 2009 oleh Y.Bhg. Tuan Hj Ghafani bin Awang Teh, Pengarah Bahagian Kesuma, Jakim.

 

Y.Bhg Puan Sri Wan Noorlina binti Wan Hussin, Yang Di Pertua PUSPANITA Kebangsaan menerima cenderamata kenangan daripada Datin Hjh Saadiah binti Ahmad Rushdi, Pengerusi Puspanita Jakim.

 

Barisan panel forum ' Dua Jiwa ... Satu Hati' (dari kanan) Hjh Zawiah bt Hasan, KPPK, Bhg. Kesuma, Jakim, Us Zakaria b Othman sebagai Pengerusi forum dan Hj Aluwi bin Parman, Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

 

Para Suami @ Bapa @ Lelaki tidak ketinggalan mengikuti seminar rumahku syurgaku kali ini

 

Sambutan menggalakkan daripada kaum Hawa @ Ibu @ Isteri @ Wanita mengikuti seminar kali ini.

 

Penyampaian cenderamata oleh Puan Sri Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan kepada ahli panel forum jemputan Y.Bhg. Tuan Hj Aluwi bin Parman, Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

 

Kaunselor motivasi berpengalaman iaitu En.Norazman bin Amat dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menyampaikan ceramah bertajuk “Antara ibu dan isteri: Siapa keutamaan suami?”

 

Penceramah terkenal Dr. Robiah K. Hamzah, Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga menyampaikan ceramah bertajuk “ Dwi kerjaya mengugat kebahagian keluarga?”

 

 

Persembahan drama menarik dari pelajar Institut Quran Kuala Lumpur (IQKL) bertajuk ”For You, My Brother”

 

Peserta seminar memanjatkan doa kehadrat Illahi, semoga semua memperoleh Ilmu yang bermanafaat dalam menjana kehidupan berkeluarga dan keharmonian rumahtangga