“Ibu Bapa Dan Keluarga Golongan Penting Dalam Menjayakan Institusi Kekeluargaan”: YB Dato’ DR. Mashitah Ibrahim

Demikianlah intipati penting ucaptama yang telah disampaikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena Program Sesi Bersama Pemimpin: Perpaduan 1Malaysia pada 23 Julai 2010 yang lepas.
 
Program yang dianjurkan oleh Jakim Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini bertempat di Dewan HIKMAH Petra Jaya, Kuching. Turut hadir adalah YB Datin Hajah Fatimah Abdullah; Menteri di Pejabat Ketua Menteri yang memberikan ucapan aluan di permulaan majlis dan Pengarah Jakim Cawangan Sarawak; Tuan Haji Mohamad Nawi Abu Bakar.
 
Selain itu juga seramai 400 orang tetamu yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, wakil-wakil jabatan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua-Ketua Masyarakat hadir bagi memeriahkan majlis.
Ketibaan YB Datin Hajah Fatimah Abdullah.
 
Ketibaan YB Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim.
 
 
 
 
 
Ucapan Aluan Oleh YB Datin Hajah Fatimah Abdullah.
 
 
 
Ucaptama Oleh YB Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim.
 
 
 
Penyampaian Cenderahati Kepada YB Datin Hajah Fatimah Abdullah.
 
 
Penyampaian Cenderahati Kepada YB Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim.