“Lengkapkan Diri Dengan ASK”

“Bagi menjadikan karier kita yang terbaik dan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kita perlu lengkapkan diri dengan “ASK” iaitu “attitude”, “skill” dan “knowledge”, pesan YBhg. Puan Hajah Pauzaiyah Binti Haron, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jakim berucap mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim di Majlis Penutup Kursus Asas Perkhimatan Hal Ehwal Islam (i-Qawiyy al-Amin) pada 08 Mac 2013 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.
 
Turut hadir ke majlis penutup tersebut, Puan Hajah Zainab Bin Ab. Rahman, Timbalan Pengarah ILIM, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Insan iaitu Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd. Ghani, Puan Rabani Binti Mat daripada Bahagian Sumber Manusia Jakim.
 
Puan Hajah Pauzaiyah melalui ucapan amanatnya, mengingatkan kepada semua peserta agar melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan menggunakan pendekatan hikmah dan bijaksana disamping mengamalkan sikap terbuka dan berjiwa besar. Diakhir ucapan Pengarah ILIM mengharapkan kepada semua peserta agar dapat menampilkan diri sebagai al-Qawiyy al-Amin sebagaimana yang diceritakan melalui surah al-Qasas ayat 26.  
 
Seramai 29 orang Pembantu Hal Ehwal Islam gred S17 lantikan baru Jakim telah mengikuti Kursus Asas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (i-Qawiyy al-Amin) bermula 28 Februari hingga 08 Mac 2013 bertempat di Pusat Pemantapan Akidah Jelebu dan ILIM, Bangi. Antara tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk memantapkan syakhsiah dan membina semangat kerja berpasukan bagi membentuk sikap positif dan keyakinan diri warga kerja Perkhidmatan Hal Ehwal Islam di samping memberi kemahiran asas hal ehwal Islam.
 
Para peserta diberi pendedahan mengenai beberapa kemahiran sebagai persediaan sebelum memulakan tugas di penempatan masing-masing. Antara kemahiran yang diberikan adalah pengurusan jenazah, tahsin qiraah, kemahiran menjadi imam, protokol di majlis rasmi, penampilan dan komunikasi, kemahiran membaca doa dalam majlis rasmi. Aktiviti kembara turut diadakan pada hari ke empat kursus bagi menguji ketahanan fizikal dan mental peserta.
 
 
  
YBhg. Puan Hajah Pauzaiyah Binti Haron, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menyampaikan ucapan sempena Majlis Penutup Kursus Asas Perkhimatan Hal Ehwal Islam (i-Qawiyy al-Amin)
 
 
Peserta kursus sedang mengikuti aktiviti di PPA Jelebu, Negeri Sembilan
 
Barisan Fasilitator dan Urusetia
 
 
 
 
Tarikh: 
Mar 20, 2013