“Nokorikot Nodi Jakim Tuminuka Tulun Ranau Id Seminar ASWJ”
“Nokorikot Nodi Jakim Tuminuka Tulun Ranau Id Seminar ASWJ”bermaksud Jakim turun padang anjur seminar akidah di Ranau. Pada 12 Jun 2012 yang lepas, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Ranau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Ranau telah menganjurkan Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 3/2012 bertempat di Dewan Masyarakat Ranau. Seramai 385 orang peserta yang terdiri daripada Ketua dan pimpinan masyarakat, penjawat awam, guru dari Jabatan Pelajaran Daerah Ranau, guru takmir dan KAFA, saudara baru dan masyarakat awam telah mengikuti seminar berkenaan. Majoriti yang hadir adalah dari suku kaum Dusun.
Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang konsep Akidah Islam yang sebenar, memberi penjelasan tentang kepentingan memahami dan menghayati Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta member penjelasan tentang cabaran dan halangan agar mempunyai benteng ketahanan akidah yang sebenarnya.
Seminar dimulakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Konsep Akidah Islamiyyah : Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah” yang disampaikan oleh Ustaz Bongsu Aziz bin Jaafar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah. Kemudian diteruskan dengan pembentangan kedua yang bertajuk “Bid’ah dan Khurafat, Kesannya Kepada Masyarakat Islam” oleh Haji Nicholas Sylvester@ Muhammad Abdullah, Hidayah Centre yang juga dari suku kaum Dusun. Seminar dimeriahkan lagi dengan soalan kuiz kefahaman kepada para peserta dan slot tayangan video Isu Akidah berkaitan Mandi Safar terbitan TV Al-Hijrah.
Majlis perasmian dimulakan dengan alunan Asma Al-Husna, Lagu NegaraKu dan Sabah Tanah Air Ku sebelum disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Turut hadir Tuan Haji Faimin bin Kamin, Pegawai Daerah Ranau, Ustaz Haji Abd Rauf bin Abas, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Daerah Ranau dan Ustaz Nasrun bin Abdullah, Pengetua Pusat Latihan Islam Kundasang.

Alunan Asma Al-Husna membuka tirai majlis Perasmian Penutup

Bid'ah dan Khurafat, Kesannya Kepada Masyarakat Islam oleh Tuan Hj Nicholas Sylvester

Kerjasama para peserta dengan berdiri tegak mengalunkan Asma Al-Husna seterusnya Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Air ku

Konsep Akidah Islamiyyah oleh Ustaz Bongsu Aziz bin Jaafar

Penyampaian cenderahati kepada Pegawai Daerah Ranau

Penyampaian cenderahati kepada pemenang soalan kuiz

Peserta yang menghadiri Seminar

Slot Kuiz Akidah sedang berlangsung
Groups:
- Hits : 1451







