199 Huffaz Dirai Dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran
11 Februari 2012 – Seramai 199 orang pelajar semester akhir program Diploma Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam satu Majlis Khatam Hafazan Al-Quran anjuran Darul Quran Jakim. Majlis gilang-gemilang tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.
Majlis tradisi ini diadakan untuk meraikan para pelajar yang berjaya menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk mengikut sukatan yang ditetapkan oleh pengurusan Darul Quran.
Dato’ Haji Othman dalam ucapan beliau telah merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar dan setinggi-tinggi penghargaan buat para pensyarah tasmik dan ibu bapa yang turut sama memainkan peranan dalam merangka kejayaan pelajar serta memartabatkan institusi tahfiz.
Menurut beliau lagi, Jakim khususnya amat yakin dan optimis bahawa lepasan Darul Quran merupakan sumber dan modal insan yang akan memenuhi tuntutan dan tanggungjawab sosial apabila mereka melangkah ke tengah masyarakat kelak.
Sebelum itu, Pengarah Darul Quran, Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya dalam ucapan alu-aluan telah melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada para ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada Darul Quran untuk mendidik anak-anak mereka. Begitu juga beliau berpesan danberharap kepada para pelajar supaya dapat mengekalkan danmenjaga serta memanfaatkan ilmu semasa belajar di Darul Quran.

Suasana ketika Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Diploma Tahun 2012.

Perarakan menuju ke Dewan Muktamar bersama Dato' Ketua Pengarah JAKIM bersama barisan pelajar yang diraikan.

Perarakan menuju ke Dewan Muktamar bersama Dato' Ketua Pengarah JAKIM bersama barisan pelajar yang diraikan.

Perarakan menuju ke Dewan Muktamar bersama Dato' Ketua Pengarah JAKIM bersama barisan pelajar yang diraikan.

Suasana ketika Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Diploma Tahun 2012.

Suasana ketika Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Diploma Tahun 2012.

Tuan Haji Paimuzi Yahya, Pengarah Darul Quran ketika menyampaikan ucapan aluan.

Y.Bhg. Dato' Haji Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM berucap merasmikan Majlis Khatam Hafazan pada kali ini.

Dato' Haji Othman Mustapha menyampaikan cenderahati kepada pejalar lelaki terbaik.

Dato' Haji Othman Mustapha menyampaikan cenderahati kepada pejalar perempuan terbaik.
>> Klik di sini untuk melihat koleksi album Majlis Khatam Hafazan Al-Quran yang lainnya. <<
FOTO: Ahmad Nazra Ahmad.
- Hits : 471




