Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Demi merealisasikan agenda pendidikan agama Islam dalam melahirkan murid KAFA yang boleh membaca al-Quran dengan baik maka gurulah yang bertungkus-lumus memerah kudrat, berkorban masa bersengkang mata, cekal menempuhi pelbagai cabaran. Bagi menjayakan misi murni ini, Latihan Profesionalisme Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) - Kursus Guru Cemerlang Siri 2 telah dilaksanakan oleh Seksyen Pengurusan  KAFA, Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM pada 28 hingga 31 Mei 2016 bertempat di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cheras, Kuala Lumpur.

Pada kali ini, Seramai 90 orang guru KAFA dari zon selatan yang mewakili negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan telah hadir. Tenaga pengajar pula terdiri daripada  pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

           Secara keseluruhannya, latihan kali ini telah berjaya memberikan nilai tambah dan pelbagai kemahiran baru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada guru-guru KAFA dalam memastikan murid KAFA sentiasa cemerlang dalam pengurusan sahsiah diri dan pencapaian akademik.

 

20160531 082130

 

20160529 115419

 

20160529 115518

 

IMG 20160531 WA0005

 

IMG 20160531 WA0007 Copy 2

 

IMG 20160603 WA0018

 

IMG 20160603 WA0015

 

20160531 102849

 

IMG 20160603 WA0006