9 Resolusi Penting Seminar Kertas Tema MABIMS
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Seminar Kertas Tema MABIMS telah diadakan pada 11 Ogos 2009 mulai jam 2.00 petang bertempat di Bilik Redang, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Tema yang telah dipilih pada kali ini ialah 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' telah dibincangkan oleh wakil-wakil daripada negara anggota MABIMS iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura.
Malaysia diwakili oleh Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman daripada Universiti Malaya.
Antara resolusi yang telah dipersetujui dalam Seminar Kertas Tema berkenaan ialah:
1. Negara-negara MABIMS digesa menghidup dan menyemarakkan suasana wahdah menerusi pelbagai info teknologi, media massa dan program
2. Negara-negara MABIMS perlulah membentuk dan menetapkan suatu garis panduan untuk pemeliharaan dan pengukuhan wahdah serta disokong oleh undang-undang dalam perkara amalan beragama dan pemahaman aqidah serta aktif dalam mengawal dan menutup pintu-pintu yang cuba menggugat wahdah dan kesatuan melalui kerjasama semua pihak.
3. Negara-negara MABIMS perlu proaktif dalam usaha menerangkan pengertian wahdah dalam Islam kepada bukan Islam.
4. Sikap fanatik dan ekstrem terhadap salah satu pandangan keagamaan hanya akan mewujudkan pergeseran dan melemahkan wahdah. Oleh itu elemen seperti ini haruslah dielakkan bagi menjamin kesinambungan penyatuan ummah.
5. Kejayaan dalam kesatuan ummah di kalangan negara anggota MABIMS hanya boleh diiktiraf sekiranya umat Islam bergerak proaktif menebus ketinggalan dalam bidang pendidikan, ekonomi dan ilmu pengetahuan. Oleh itu penguasaan dalam bidang-bidang tersebut perlu diperkasakan.
6. Negara-negara MABIMS perlu memperkasakan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jemaah.
7. Negara-negara MABIMS hendaklah meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa menerusi pelbagai medium sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.
8. Pemimpin-pemimpin Negara anggota MABIMS perlu bijak mencari manfaat yang boleh diraih daripada kepelbagaian pandangan dan keilmuan saudara seagama.
9. Usaha amar ma’ruf nahi munkar di kalangan Negara MABIMS perlu dipandu oleh keadilan yang jauh daripada unsur-unsur perkauman dan ketaksuban



- Hits : 1531







