Berita

Warga JAKIM Dijemput Ke Program Warga Sihat

 

Tarikh : 28 Mei 2005 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Merbuk Ground, Taman Wetland, Putrajaya

Pakaian : Track suit

Semua Warga JAKIM di Jemput Hadir. Bas disediakan dan akan bertolak dari JAKIM pada pukul 8.15 pagi.

Kursus Tatacara Menghadapi Kamera

ssasfe Seramai 13 orang pegawai JAKIM telah terpilih mengikuti Kursus Tatacara Menghadapi Kamera anjuran Bahagian Media Elektronik JAKIM

Seramai 13 orang pegawai JAKIM telah terpilih mengikuti Kursus Tatacara Menghadapi Kamera, anjuran Bahagian Media Elektronik (MEP) JAKIM bermula 24 hingga 26 Mei 2005, bertempat di Studio Rakaman TV Bahagian MEP. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh dua orang fasilitator berpengalaman iaitu Puan Hajjah Salasiah Zakaria, Pensyarah di Institut Penyiaran Tun Abd. Razak, Kementerian Penerangan Malaysia dan Encik M. Aziz Mahmood, Penerbit TV di Bahagian MEP.

Pegawai Kanan JAKIM Menghadiri Kursus Kenegaraan

Seramai 67 orang pegawai kanan JAKIM Gred 48 dan ke atas telah menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara bertempat di Ulu Sepri, Negeri Sembilan bermula 12 hingga 15 Mei 2005

Kursus Kenegaraan bagi pegawai-pegawai kanan JAKIM (Gred 48 hingga Gred 54) telah diadakan dengan kerjasama Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, bertempat di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Bermula 12 hingga 15 Mei 2005.

Antara objektif penganjuran kursus ini adalah untuk mengembalikan semangat kerjasama dan kesetiakawanan khususnya di kalangan pegawai kanan JAKIM, ke arah mempertingkatkan semangat berpasukan dan kesetiaan kepada organisasi.

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 26 Tahun 1426H/2005M Sedang Berlangsung hingga Jumaat

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 26 Tahun 1426H/2005M sedang berlangsung bermula 16 hingga 20 Mei 2005M, bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan Darul Khusus

Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1426H/ 2005M

 

NASYID : JAKIM Tempat ke 3

Kumpulan Nasyid Soutul Qalbi JAKIM yang mewakili Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam pertandingan Nasyid Antara Kementerian sempena Ma'al Hijrah 1426H/2005
KUMPULAN NASYID JAKIM MEMENANGI TEMPAT KE TIGA
DALAM FESTIVAL NASYID ANTARA KEMENTERIAN SEMPENA MA’AL HIJRAH 1426H / 2005M