Berita

BENGKEL KAMUS DATA ISLAM BIL 1/2009

Selaras dengan usaha untuk mewujudkan satu kamus data Islam sebagai rujukan bagi pembangun-pembangun sistem, satu bengkel dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Diskusi Isu-isu Semasa Saudara Muslim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur telah menganjurkan Diskusi Isu-Isu Semasa Saudara Muslim pada 28 Mac 2009.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Keputusan Tinjauan Pendapat Dalam Laman Web Jakim

Keputusan tinjauan pendapat berkaitan isu "Kepimpinan Parti Perlu Diberi Kepada Tokoh Yang Mempunyai Imej Pembela Bangsa Dan Agama"

Jakim telah menyiarkan tinjauan pendapat umum di dalam laman web rasmi jabatan berkaitan tajuk 'Kepimpinan Parti Perlu Diberi Kepada Tokoh Yang Mempunyai Imej Pembela Bangsa Dan Agama'.

Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Perlu Buktikan Keupayaan Diri: YB Senator Dato' Dr Mashitah

YB Senator Dato' Dr Mashitah menyarankan supaya ‘orang agama‘ menjadi orang yang serba boleh serta celik dalam semua ilmu. Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Peringkat Kebangsaan di ILIM, Bangi.

YB. Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggesa semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia menunjukkan keupayaan dalam mengurus dan bukan hanya pandai berceramah semata-mata.

Dialog Intelektual Fatwa Kali Pertama

Program Dialog Intelektual Fatwa yang merupakan kali pertama diadakan oleh JAKIM berlangsung di Grand BlueWave Hotel Shah Alam Selangor pada 20 hingga 22 Mac 2009.

<?xml:namespace prefix = o />

Kunjung Hormat KP Jakim Kepada Pengerusi Media Prima

Jakim telah mengadakan kunjung hormat kepada Y.Bhg Dato' Abdul Mutalib Bin Datuk Seri Mohamed Razak, Pengerusi Media Prima pada 25 Mac 2009, di Sri Pentas, Bandar Utama.

Pada 25 Mac 2009, jam 5.30 petang bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Jakim telah mengadakan kunjung hormat kepada Y.Bhg Dato' Abdul Mutalib Bin Datuk Seri Mohamed Razak, Pengerusi Media Prima Berhad.

Rombongan dari Jakim diketuai oleh Y.Bhg Dato' Hj. Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jakim dan turut disertai oleh Y.Bhg Tn Hj Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Y.Bhg Tn Hj Wan Bukhari Bin Wan Daud, Pengarah MEP dan Pn.

Penduduk Muslim di Negara Minoriti Islam Perlu Dibantu

Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dan tujuh peserta Kursus Asas Islam Antarabangsa 15/2009 anjuran RISEAP dari negara India, Sri Lanka, Filipina, Thailand, Kemboja dan Malaysia telah melawat Jakim pada 18 Mac 2009.

Negara-negara yang mempunyai penduduk minoriti Muslim perlu diberi perhatian dan bantuan dari sudut keperluan barangan asas serta pendidikan. Sekiranya tidak diberi perhatian yang sewajarnya, masyarakat Islam di negara-negara yang berkaitan akan terus dibelenggu kemunduran dan kemiskinan.

Hubungan Dua Hala Antara Malaysia dan Brunei Terus Diperkasa Melalui Institusi Tahfiz Al-Quran

Jakim berbesar hati menerima kunjungan delegasi Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam pada 25 Mac 2009 Masihi bersamaan 28 Rabiulawal 1430 Hijrah.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Jakim berbesar hati menerima kunjungan delegasi I

Mesyuarat Panel Kajian Syariah Kali Ke-65

JAKIM telah berjaya mengadakan Mesyuarat Panel Kajian Syariah (PKS) kali ke-65 pada 15-17 Mac 2009 bertempat di Hotel Grand Riverview Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Mufti Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg. S.S. Dato’ Haji Hassan bin Haji Ahmad.

JAKIM telah berjaya mengadakan Mesyuarat Panel Kajian Syariah (PKS) kali ke-65 pada 15-17 Mac 2009 bertempat di Hotel Grand Riverview Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Mufti Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg. S.S.

Kursus Pengajaran & Pembelajaran Guru KAFA Perlis 2009

Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perlis telah mengadakan Kursus Pengajaran & Pembelajaran Guru KAFA Perlis 2009 pada 17-20 Mac 2009.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perlis telah mengadakan Kursus Pengajaran & Pembelajaran Guru KAFA Perlis 2009 pada 17-20 Mac 2009 bertempat di Hotel Brasmana Putra, Kuala Perlis. Seramai 3 orang penyelia dan 53 orang guru-guru KAFA telah menyertai kursus tersebut.

Ahli PUSPANITA Hadiri Kursus Bina Insan Di ILIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Biro Kebajikan & Agama PUSPANITA Kebangsaan telah mengadakan Kursus Bina Insan untuk ahli PUSPANITA dari pelbagai agensi, jabatan dan kementerian.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Biro Kebajikan & Agama PUSPANITA Kebangsaan telah mengadakan Kursus Bina Insan untuk ahli PUSPANITA dari pelbagai agensi jabatan dan kementerian.<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Kakitangan KWSP Mengikuti Kursus Bina Insan Siri 1/2009 Di ESSET, Bangi Selangor

Institut Latihan KWSP (ESSET) telah menganjurkan Kursus Bina Insan Siri 1/2009 dengan kerjasama Bahagian Hadhari Dan Pembangunan Insan JAKIM dalam menjayakan kursus kali ini.

Institut Latihan KWSP (ESSET) telah menganjurkan Kursus Bina Insan Siri 1/2009 dengan kerjasama Bahagian Hadhari Dan Pembangunan Insan JAKIM dalam menjayakan kursus kali ini.

Jakim Anjur Seminar Pemantapan Akidah OKU

Jakim dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) telah menganjurkan Program Seminar Menjana Kecemerlangan dan Pemantapan Akidah OKU 2009 pada 14 Mac 2009.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) telah menganjurkan Program Seminar Menjana Kecemerlangan dan Pemantapan Akidah OKU 2009 pada 14 Mac 2009. Program sehari tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian, Bangi.

Ziarah Ukhuwah Pesakit Hospital Kuala Kangsar Sempena Festival dakwah Zon Utara

JAKIM dengan kerjasama Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Program Ziarah Ukhuwah Pesakit Hospital Kuala Kangsar.

Hidup adalah satu lapangan ujian bagi menilai sejauh mana teguhnya keimanan dan ketaqwaan seseorang insan kepada Allah.

Persidangan Pengetua-pengetua Maahad Tahfiz Rapatkan Lagi Hubungan Antara Darul Quran dan MTQN

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan kali ke-18 telah diadakan di Hotel Selesa, Johor Bahru, Johor pada 16-18 Mac yang lalu. Persidangan kali ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Johor dengan kerjasama Darul Quran, JAKIM.

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan kali ke-18 telah diadakan di Hotel Selesa, Johor Bahru, Johor pada 16-18 Mac yang lalu. Persidangan kali ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Johor dengan kerjasama Darul Quran, Jakim.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak/Sivil Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Bil 1/2009

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak/Sivil (MKI) Bil 1/2009 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak/Sivil (MKI) Bil 1/2009 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Bilik 11 pada 25 Februari 2009 (Rabu), bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Y. Bhg.

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak Dan Jakim Cawangan Sarawak Menganjurkan Ceramah PIPA

JAKIM Cawangan Sarawak dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berjaya menganjurkan ceramah Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA)

Jakim Cawangan Sarawak dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak berjaya menganjurkan ceramah Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Auditorium Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar Kuching pada 17 Mac 2009. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Karia bin Haji Rahmat daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.

Jakim Sabah Merangkul Tempat Ketiga Kategori Sepanduk

Pada 9 Mac 2009, telah diadakan perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2009 yang telah berlangsung di Padang Merdeka.

Pada 9 Mac 2009, telah diadakan perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2009 yang telah berlangsung di Padang Merdeka. Perarakan ini telah disertai oleh 83 kontinjen yang terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Jabatan Kerajaan, Swasta, Sekolah, dan kampung. Jakim cawangan Sabah juga turut serta di dalam perarakan tersebut yang dianggotai seramai 70 orang ahli.

Jakim Bekerjasama Dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) Kedah

Bahagian Latihan Jakim telah mengadakan Program Pra Temuduga Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 kepada calon-calon pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Kedah.

Pada 6–8 Mac 2009, Bahagian Latihan Jakim telah mengadakan Program Pra Temuduga Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 kepada calon-calon pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Kedah bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani Kedah.

Kontinjen Jakim Cawangan Sarawak Menyertai Majlis Perhimpunan Dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul

Kontinjen Jakim Cawangan Sarawak turut memeriahkan Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1430H/ 2009M.

Kontinjen Jakim Cawangan Sarawak turut memeriahkan Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1430H/ 2009M yang telah diadakan pada 9 Mac 2009 bertempat di Dataran Dewan Suarah Bintulu.

Maulidur Rasul Disambut Meriah Dan Penuh Penghayatan

Semua peserta kontinjen terlebih dahulu telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul bermula dari 8 buah masjid sekitar Dataran Merdeka berarak masuk melalui 4 jalan utama ke Dataran Merdeka.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Pusat Latihan Islam Kundasang Sempurna Dirasmikan Oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah

JAKIM Cawangan Sabah telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Kompleks Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) pada 22 Februari 2009 bertempat di Pusat Latihan Islam Kundasang.

JAKIM Cawangan Sabah telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Kompleks Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) pada 22 Februari 2009 bertempat di Pusat Latihan Islam Kundasang.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Kementerian Sumber Asli (NRE) Anjur Kursus Bina Insan (Pendekatan Islam Hadhari) Siri 1/2009 Peringkat Zon Tengah.

Kementerian Sumber Asli (NRE) telah mengadakan Kursus Bina Insan (Pendekatan Islam Hadhari) Siri 1/2009 pada 3 hingga 5 Mac 2009.

Kementerian Sumber Asli (NRE) telah mengadakan Kursus Bina Insan (Pendekatan Islam Hadhari) Siri 1/2009 pada 3 hingga 5 Mac 2009.

Seminar Takhrij Hadith Peringkat Kebangsaan 2009 Berlangsung Dengan Penuh Suasana Keilmuan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan jayanya telah menganjurkan Seminar Takhrij Hadith Peringkat Kebangsaan 2009.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan jayanya telah menganjurkan Seminar Takhrij Hadith Peringkat Kebangsaan 2009 dan Pelancaran Majlis Permuafakatan Alumni Timur Tengah dan Alumni Pengajian Islam Malaysia pada 26 Februari 2009 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.