Penyerahan tanggungjawab ini menandakan bermulanya proses peralihan semula pentadbiran mengenai proses pensijilan halal yang telah diambil alih oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)kepada JAKIM.
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009, bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diberikan tanggungjawab semula dan berkuatkuasa serta merta untuk mengeluarkan pensijilan halal Malaysia bagi produk dalam dan luar Negara dengan menggunakan logo halal JAKIM.