Berita

Membugar Tradisi Keilmuan

Jakim Cawangan Sarawak sebagai Jawatankuasa Penganjur bersama Festival Bubur Pedas Sarawak 2011

Jakim Cawangan Sarawak sebagai Jawatankuasa Penganjur bersama Festival Bubur Pedas Sarawak 2011.
 
image
Tarikh: 
Aug 09, 2011  

KEPUTUSAN CERAPAN HILAL SYAWAL 1432H DI MALAYSIA

KEPUTUSAN CERAPAN HILAL SYAWAL 1432H DI MALAYSIA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan

KEPUTUSAN CERAPAN HILAL SYAWAL 1432H DI MALAYSIA

 
Sukacita dimaklumkan bahawa cerapan hilal telah dilakukan di Malaysia pada 29 Ramadan 1432 Hijriah bersamaan 29 Ogos 2011 Miladiah (Isnin).
 
image

Program Rakaman Takbir Raya TV al-Hijrah di Masjid Negara

Berikut dilampirkan gambar-gambar semasa Sesi Rakaman Takbir Hari Raya terbitan TV Al-Hijrah pada 25 Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadhan 1432H bermula jam 10.00 pagi di Dewan Solat Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program Rakaman ini adalah untuk tayangan di TV Al-Hijrah pada Hari Raya Pertama nanti. Bacaan Takbir Raya ini telah dipimpin oleh YBhg. Ustaz Amru Al-Haz bin Adnan, Imam Masjid Negara. Antara peserta lain yang mengambil bahagian dalam Progrma ini ialah pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur, kaki tangan Masjid Negara serta pengurusan tertinggi dan kaki tangan TV Al-Hijrah.

Berikut dilampirkan gambar-gambar semasa Sesi Rakaman Takbir Hari Raya terbitan TV Al-Hijrah pada 25 Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadhan 1432H bermula jam 10.00 pagi di Dewan Solat Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

image

Program Masjid Negara - Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Masjid Negara, Ramadhan 1432H

KUALA LUMPUR, 24 Ogos - Masjid Negara telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Masjid Negara yang diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara, Jalan Perdana Kuala Lumpur di sini, hari ini. Majlis tersebut membabitkan 176 orang peserta dewasa (lelaki dan perempuan) terdiri daripada 75 orang muslimin dan 101 orang muslimah. Seramai 11 orang yang terpilih dikalangan peserta dewasa lelaki telah memperdengarkan bacaan Surah-Surah Lazim yang telah dibimbing bacaannya oleh imam-imam dari Masjid Negara sendiri iaitu Ustaz Amru Alhaz bin Adnan dan Imam Jemputan untuk Solat Sunat Tarawih dari Mesir, Sheikh Abd Elrahman Eldesouky Taha Radwan.

image

Program Masjid Negara - Majlis Khatam Al-Quran Perdana SRA Dan KAFA, JAWI 2011

23 Ogos 2011, KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan seramai 4,000 murid Sekolah Rendah Agama (SRA) & Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Majlis Khatam Al-Quran Perdana JAWI 2011, bertempat di Masjid Negara, di sini, pagi ini.

23 Ogos 2011, KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan seramai 4,000 murid Sekolah Rendah Agama (SRA) & Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Majlis Khatam Al-Quran Perdana JAWI 2011, bertempat di Masjid Negara, di sini, pagi ini.

image

Jakim hantar Pegawai ke Jepun dan Korea bagi menjayakan Program Usrah Ramadhan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Pembangunan Insan telah berjaya menghidupkan kembali program usrah Ramadhan bersama pelajar-pelajar Malaysia di luar negara khususnya di Jepun dan Korea. Program ini sebenarnya mula dilaksanakan pada tahun 1993 dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan terhenti pada tahun 2007.
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Pembangunan Insan telah berjaya menghidupkan kembali program usrah Ramadhan bersama pelajar-pelajar Malaysia di luar negara khususnya di Jepun dan Korea. Program ini sebenarnya mula dilaksanakan pada tahun 1993 dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan terhenti pada tahun 2007.
 
image

Semua Negeri Disasar Guna E-Halal Tahun Depan

Beliau berkata pada tahun ini, hanya tujuh negeri akan melaksanakan sistem itu bermula Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah, manakala Pahang, Sarawak dan Johor akan mengguna pakai pada hujung tahun ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyasarkan kesemua negeri akan mengguna pakai sistem e-halal pada tahun depan supaya ia dapat diseragamkan di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Jakim; YBhg. Tuan Haji Othman bin Mustapha sempena Majlis Penyerahan Pelaksanaan Sistem e-halal kepada negeri-negeri pada 10 Ogos 2011 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
 
image

Pertemuan Jakim-SMI Malaysia Positif

Pertemuan JAKIM-SMI Malaysia telah diadakan pada 15 Ogos 2011 dan dipengerusikan oleh Puan Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal Jakim.
 
 
image

Dialog Jakim-MICMA

Pada 18 Julai 2011, Bahagian Hab Halal JAKIM telah mengadakan dialog bersama Persatuan Perusahaan Serbuk Kari dan Tepung India Malaysia (MICMA) di Cyberjaya.
Dek kerana rempah ratus, Tanah Melayu dikenali oleh dunia perdagangan lebih 500 tahun dahulu. Rempah ratus juga adalah cerminan wajah-wajah pelbagai kaum di Malaysia yang hidup dengan penuh harmoni. Itu adalah fakta sejarah yang tidak boleh kita dinafikan. Hari ini, rempah ratus terus bertapak kukuh khususnya dalam industri makanan halal negara.
 
image

Program Menyusuri Kasih Pelajar Darul Quran

Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) melalui Lajnah Tadbir & Perhubungan Luar telah melaksanakan satu program Mini Bakti Huffaz atau lebih dikenali dengan ‘Program Menyusuri Kasih 2011’ bertempat di Kampung Ampang Pecah pada 19 dan 20 Ogos 2011.
image

Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa Warga Darul Quran

Darul Quran JAKIM hari ini (Selasa) telah mencatat sejarah baru, apabila satu Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa bersempena Ramadhan 1432 telah diadakan buat julung kalinya di Dewan Muktamar Darul Quran. Majlis yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM ini telah berjaya menghimpunkan sekitar 1200 orang yang terdiri daripada kalangan pelajar, pegawai dan kakitangan Darul Quran bersama keluarga masing-masing.

23 Ogos 2011 - Darul Quran JAKIM hari ini (Selasa) telah mencatat sejarah baru, apabila satu Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa bersempena Ramadhan 1432 telah diadakan buat julung kalinya di Dewan Muktamar Darul Quran. Majlis yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM ini telah berjaya menghimpunkan sekitar 1200 orang yang terdiri daripada kalangan pelajar, pegawai dan kakitangan Darul Quran bersama keluarga masing-masing.

image

ILIM antara 27 agensi yang berjaya terima anugerah!

Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang diamalkan di ILIM semenjak tahun 2008 pada awalnya melalui proses pengiktirafan oleh MPC, kini telah diiktiraf oleh Institut Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) setelah melalui sesi audit pada awal Ogos yang lalu.

“Islam cintakan keindahan.Islam cintakan kebersihan.Islam cintakan kecantikan…”

image

Salam Lebaran

Kepada semua warga Jakim
 
Kami warga Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Jakim ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh warga Jakim, sahabat handai dan saudara mara yang mengenali di mana jua berada. Semoga lebaran ini mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.
 
image

Lawatan Mahabbah Ramadhan Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Hospital Serdang

Program ini dihadiri oleh Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad disertai oleh Pegawai serta kaki tangan Masjid Negara seramai 15 orang. Turut serta dalam Program Lawatan ini ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Serdang, Encik Mohammad bin Mat Yusoff mewakili Pengarah Hospital Serdang. Sumbangan berupa hamper, wang tunai dan risalah mengenai Islam telah diedarkan kepada pesakit-pesakit di 3 wad terpilih iaitu Wad Medikal Biasa, Wad Nefrologi (wad buah pinggang) dan Wad Ortopedik (wad patah), Hospital Serdang, Serdang, Selangor.

image

MEMBULAT TEKAD MEMAHAT SEJARAH

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Jakim Sabah bersama JHEAINS dengan kerjasama Pusat Zakat Sabah telah mengadakan Persidangan Meja Bulat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua-Ketua Agensi Agama dan NGO Islam Sabah bertempat di Grand Ballroom 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.
Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Jakim Sabah bersama JHEAINS dengan kerjasama Pusat Zakat Sabah telah mengadakan Persidangan Meja Bulat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua-Ketua Agensi Agama dan NGO Islam Sabah bertempat di Grand Ballroom 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.
 
image

Konvoi Ramadhan Bersama 125 Welly Advance Bikers Malaysia

13 Ogos 2011 – Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Welly Advance Bikers Sdn. Bhd dan Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah dan Ramah Mesra Ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.
KONVOI RAMADHAN BERSAMA 125 BIKERS MALAYSIA
 
13 Ogos 2011 – Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Welly Advance Bikers Sdn. Bhd dan Kawasaki Motors  Malaysia Sdn. Bhd  telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah dan Ramah Mesra Ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.
 
image

Bengkel T.O.T - Kedudukan Islam Sebagai Agama Persekutuan.

Sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan – “ Islam is the religion of Federation...” Perkataan “rasmi” adalah sekadar tambahan, tetapi impaknya telah mengelirukan semua pihak dan membuat tanggapan yang salah mengenai kedudukan Islam dalam Negara. Hakikatnya ketiga-tiga perkataan - demokrasi, sekular dan rasmi tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan – Mahamad Naser Disa.
 
 
Sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan – “ Islam is the religion of Federation...”
 
image

JAKIM SABAH SERTAI MAJLIS BERBUKA PUASA JABATAN/BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

11 Ogos 2011 (Khamis) bersamaan 11 Ramadhan 1432H, Jakim Sabah menyertai Majlis Berbuka Puasa Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah. Majlis ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Turut diadakan di dalam majlis ini sesi penyampaian sumbangan kepada anggota perkhidmatan awam Sabah yang kurang berkemampuan seperti ibu tunggal dan mereka yang berpendapatan rendah namun mempunyai tanggungan yang ramai.
 
11 Ogos 2011 (Khamis) bersamaan 11 Ramadhan 1432H, Jakim Sabah menyertai Majlis Berbuka Puasa Jabatan / Badan Berkanun Persekutuan anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah. Majlis ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Turut diadakan di dalam majlis ini sesi penyampaian sumbangan kepada anggota perkhidmatan awam Sabah yang kurang berkemampuan seperti ibu tunggal dan mereka yang berpendapatan rendah namun mempunyai tanggungan yang ramai.
 
image

Penyelarasan Pensijilan Halal Malaysia Diperkasakan

Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perkembangan terkini berkaitan penyelarasan pensijilan Halal Malaysia Bersama di samping membincangkan isu-isu berkaitan halal terutama dalam pelaksanaan penggunaan Standard, Logo dan Sijil yang seragam.
Jakim telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pensijilan Halal Malaysia bersama MAIN/JAIN yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Othman bin  Mustapha; Ketua Pengarah Jakim yang bertempat di Dewan 3, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 10 Ramadhan 1432H bersamaan 10 Ogos 2011. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengerusi/ Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri dan pengarah-pengarah Jabatan Agama Islam Negeri.
 
image

YBhg. KP Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi Jakim (MTJ) Buat Kali Pertama

MTJ ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan dasar Jabatan dan arahan-arahan daripada stake holder Jakim seperti Majlis Raja-Raja, MKI, Jawatankuasa Kabinet, Ketua Setiausaha Negara dan pihak JPM sendiri.
 
 
 
image

Program Iftar Ramadhan 1432H Anjuran Islamic Outreach-Abim dan Masjid Negara

Jalan Perdana, Kuala Lumpur – Islamic Outreach ABIM dengan kerjasama Masjid Negara telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Ruang Legar Masjid Negara, Kuala Lumpur (ruang di atas Sekolah Rendah Agama Masjid Negara) di sini hari ini. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Pengerusi Islamic Outreach ABIM, YBhg. Tuan Haji Azril bin Mohd. Amin dan wakil Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Ustaz Azhar bin Tuarno

Jalan Perdana, Kuala Lumpur – Islamic Outreach ABIM dengan kerjasama Masjid Negara telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Ruang Legar Masjid Negara, Kuala Lumpur (ruang di atas Sekolah Rendah Agama Masjid Negara) di sini hari ini.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Pengerusi Islamic Outreach ABIM, YBhg. Tuan Haji Azril bin Mohd. Amin dan wakil Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Ustaz Azhar bin Tuarno

image