Berita

Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat

“Menguatkuasa undang-undang bukan perkara mudah, Perlu strategi, kekuatan dan penyelarasan, Diadakan siri dialog, mesyuarat dan muzakarah, Hasilkan persepakatan dalam penguatkuasaan”.
 
 
Mesyuarat sedang bersidang.
 
“Menguatkuasa undang-undang bukan perkara mudah,
image
Tarikh: 
May 24, 2012

Perundangan Islam Dijaga, Pendakwaan Syariah Diperkasa

 
 
 
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Ghafani bin Awang Teh, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim
 
 
 
image
Tarikh: 
May 23, 2012

Kewajipan Di Perbatasan

Lawatan kajian yang dijalankan ini adalah susulan tindakan kepada keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah kali ke-78 supaya mengadakan kajian lanjut ke dalam kapal selam dengan melihat secara lebih dekat suasana yang dialami oleh pihak angkatan kapal selam mengenai isu-isu syariah yang timbul semasa belayar sama ada dalam latihan atau semasa bertugas. Pemerhatian secara lebih dekat dapat menghasilkan satu keputusan yang lebih tepat dan mantap dalam penyediaan garis panduan berkenaan.
LAWATAN KAJIAN KE MARKAS ANGKATAN KAPAL SELAM, TELUK SEPANGAR SABAH
 
image
Tarikh: 
May 23, 2012

" Harapan Sinar Pelangi....."

Program Rakan Setia Komuniti (RSK) Negeri Melaka diadakan pada 20-22 April di Tanjung Kling Melaka melibatkan Orang Kena Pengawasan (OKP)iaitu bekas pengguna dadah.
 
      Program Rakan Setia Komuniti (RSK) anjuran Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) bertandang ke Negeri Melaka. Lokasi yang dipilih Institut Koreksional Malaysia di Tanjung Kling Melaka. Program ini berlangsung pada 20 hingga 22 April 2012 dengan kerjasama AADK Negeri Melaka, PDRM, Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Pejabat Kesihatan Negeri Melaka.
image
Tarikh: 
Apr 20, 2012

Simposium Pendakwah Wanita Peringkat Kebangsaan 2012

Putrajaya (Rabu): “Pendakwah Wanita Peneraju Ketamadunan Ummah” itulah tema yang diberi bagi program `Simposium Pendakwah Wanita Peringkat Kebangsaan 2012’ anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah diadakan pada 23 Mei 2012 bertempat di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya.
PUTRAJAYA  (Rabu): “Pendakwah Wanita Peneraju Ketamadunan Ummah” itulah tema yang diberi bagi program `Simposium Pendakwah Wanita Peringkat Kebangsaan 2012 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah diadakan pada 23 Mei 2012 bertempat di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya.
 
image

Terengganu Tuan Rumah Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-8

Pada 20 hingga 22 Mei 2012 baru-baru ini telah berlangsung Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia kali ke-8 bertempat di Ri-Yaz Heritage Kuala Terengganu. Persidangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Y. Bhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha ini telah dihadiri oleh Sahibus Samahah Mufti-mufti dan Timbalan-timbalan Mufti serta pegawai kanan JAKIM.
image

JAKIM Anjur Dialog Eksekutif Fatwa

Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM buat pertama kalinya telah menganjurkan Dialog Eksekutif Fatwa bersama Jawatankuasa Fatwa Johor pada 16-17 Mei 2012 di M Suites Hotel Johor Bahru.
image

`Kolokium Kepimpinan Belia Islam' Sempena Hari Belia Negara 2012

Putrajaya: Pada 24 Mei 2012 (Khamis) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan Kolokium Kepimpinan Belia Islam sempena Hari Belia Negara 2012 dengan Tema: `Jadikan Hari ESOK Lebih Baik Dari HARI INI’ bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Putrajaya:Pada 24 Mei 2012 (Khamis) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan Kolokium Kepimpinan Belia Islam sempena Hari Belia Negara  2012 dengan Tema: `Let TOMORROW Be Better Than TODAY' bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
 
image

Bengkel Kejurulatihan Training Of Trainers (TOT) Pedagogi Jelajah Borneo

25-27 Mei 2012- Kota Kinabalu, Sabah. Unit Saudara Muslim Komuniti & Minoriti dan Unit Orang Asli & Bumiputera dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sabah, JHEAINS, YADIM dan USIA telah mengadakan satu Bengkel Kejurulatihan TOT Saudara Kita & Penggerak Masyarakat Saudara Kita peringkat Negeri Sabah selama 3 hari 2 malam bertempat di Dewan Nantapuan 1,Hotel Grand Borneo Kota Kinabalu. Program ini telah di sertai oleh 50 Tenaga Pengajar Saudara Muslim & Penggerak Saudara Kita yang mengajar sekitar negeri Sabah seperti Sandakan,Kota Belud, Murudu, Kudat, Tawau dan lain lain daerah sekitar Negeri Sabah.
image

Minggu Semarak Al-Quran Peringkat Negeri Sabah Turut Dimeriahkan Dengan Program Bicara Al-Quran

Pada 18 Mei 2012, bersempena Minggu Semarak Al-Quran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1433H/2012 , Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Wisma Harta, Jabatan Penerangan dan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah telah menganjurkan Program Bicara Al-Quran bertempat di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.
 
Pada 18 Mei 2012, bersempena Minggu Semarak Al-Quran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1433H/2012 , Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Wisma Harta, Jabatan Penerangan dan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah telah menganjurkan Program Bicara Al-Quran bertempat di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.
 
image

Khidmat Masyarakat Secara Bersepadu

Pada 14 Mei 2012, Pusat Latihan Islam Kundasang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Ranau dan 17 orang Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia telah mengadakan program khidmat bakti di Kampung Tinutuan, Ranau.
 
Pada 14 Mei 2012, Pusat Latihan Islam Kundasang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah bersama  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Ranau dan 17 orang Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia telah mengadakan program khidmat bakti di Kampung Tinutuan, Ranau.
 
image

Kukuhkan Jalinan Ukhwah Bersama Saudara Baru

Pada 20 Mei 2012 yang lepas, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama JHEAINS Daerah Kota Belud dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Tambulion telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah Saudara Baru bertempat di Surau SAR Kampung Tambulion, Kota Belud.
 
Oleh : Mohd Marzuki
 
Pada 20 Mei 2012 yang lepas, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama JHEAINS Daerah Kota Belud dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Tambulion telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah Saudara Baru bertempat di Surau SAR Kampung Tambulion, Kota Belud.
 
image

Jelajah BEST! 2012

Program Jelajah "Buat Elok Saje Tau!" (BEST!) telah diadakan di Gurun Kedah pada 18-19 mei 2012
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial Dan Komuniti telah menganjurkan Jelajah Buat Elok Saja Tau! (BEST!) sebagai inisiatif untuk membendung permasalahan sosial di kalangan masyarakat khususnya golongan remaja.
 
image

Program Ziarah Dakwah dan Ramah Mesra di KOA Lubok Bandung, Jasin, Melaka

Program Ziarah Dakwah Dan Ramah Mesra Sempena telah diadakan dengan jayanya pada 17 & 18 Mei di KOA Lubok Bandung, Jasin, Melaka. Program yang diadakan selama dua hari itu adalah hasil kerjasama dengan MAIM, JAIM dan Badan-badan NGO. Program tersebut telah berjaya menarik kehadiran lebih 300 penduduk Orang Asli Lubok Bandung termasuk pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad seramai 60 orang.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." ( Surah At-Taubah, Ayat: 41 )
 
 
image

`Smart Partnership' Berkonsepkan Wahdatul Fikr, Wahdatul Amal dan Wahdatul Hadaf.

Putrajaya: Pada 17 Mei 2012 (Khamis) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Sekretariat NGO’s Islam bertempat di Dewan Syura, Aras 9, Blok D7, JAKIM Putrajaya. Mesyuarat ini antara usaha Jakim untuk memperkemaskan hubungan kerjasama pintar (smart partnership) dengan NGO’s Islam agar segala gerak kerja dakwah dapat dilaksanakan dengan konsep wahdatul fikr, wahdatul amal dan wahdatul Hadaf.
Putrajaya: Pada 17 Mei 2012 (Khamis) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Sekretariat NGO’s Islam bertempat di Dewan Syura, Aras 9, Blok D7, JAKIM Putrajaya. Mesyuarat ini antara usaha Jakim untuk memperkemaskan hubungan kerjasama pintar (smart partnership) dengan NGO’s Islam agar segala gerak kerja dakwah dapat dilaksanakan dengan konsep wahdatul fikr, wahdatul amal dan wahdatul Hadaf.
 
image

Kenyataan Umum Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berhubung Dakwaan Pembatalan Program Ceramah Ustaz Azhar Idrus

Jakim ingin merujuk tohmahan yang dilontarkan oleh beberapa individu melalui e-mel berhubung dakwaan Jakim terlibat dalam pembatalan program ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dijadual akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Mei 2012.
Jakim ingin merujuk tohmahan yang dilontarkan oleh beberapa individu melalui e-mel berhubung dakwaan Jakim terlibat dalam pembatalan program ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dijadual akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Mei 2012.
 
Pertamanya Jakim ingin menjelaskan bahawa Jabatan ini tidak terlibat dalam penganjuran ceramah berkenaan sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Jakim juga tidak pernah dimaklumkan secara rasmi mengenai penganjuran program tersebut.
 
image

Simposium Kepimpinan Tok Batin/Penghulu Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan 20 – 22 Mei 2012.

Buat julung kalinya Bahagian Dakwah, Cawangan Dakwah Khas (JAKIM)dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) telah berjaya mengadakan program Simposium Kepimpinan Tok Batin/Penghulu Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, pada 20 – 22 Mei 2012.
Buat julung kalinya Bahagian Dakwah, Cawangan Dakwah Khas (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) telah berjaya mengadakan program Simposium Kepimpinan Tok Batin/Penghulu Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, pada 20 – 22 Mei 2012.
 
image

2 Peserta STTQ Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri

Semua peserta kursus Sijil Tinggi Tarranum (STTQ) melakarkan senyuman indah penuh kegembiraan apabila berjaya menamatkan kursus STTQ ini selama 2 bulan di Darul Quran, JAKIM. Mereka telah diraikan dalam majlis penutup yang dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran, bertempat di Dewan Muktamar.

 

 

image

Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli POS Sungai Rual, Jeli Kelantan

Program jadi lebih bermakna apabila dengan izin dan hidayah dari ALLAH SWT, PMOA Kelantan telah berjaya mengumpulkan seramai 39 orang penduduk OrangAsli Jeli untuk disyahadahkan bagi memeluk Islam.

Jeli, Kelantan- Pada 10 hingga 12 Mei 2012, Bahagian Dakwah Cawangan Dakwah Khas JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), JAKOA, JKM, KESEDAR, IPD JELI, PEJABAT KESIHATAN JELI, JPP, TAKMIR KELANTAN, RELA, JABATAN PENERANGAN, AADK, Sek. Keb. Pos Sg. Rual, PERKIM, YADIM, ABIM & AJK Kg. Sg. Long telah berjaya mengadakan Program Ramah Mesra di Pos Sg. Rual, Jeli, Kelantan.

image

Road Tour Wacana Minda

Bulan Mei ini adalah Bulan Semarak Al-Quran di negeri Sabah. Terdapat pelbagai acara yang dilangsungkan antaranya ialah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah dan banyak lagi. Bersempena dengan itu, Pusat Latihan Islam Lahad Datu, Jakim Cawangan Sabah melalui Pusat Latihan Islam Lahad Datu telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Road Tour Wacana Minda ke sebahagian daerah pantai timur Sabah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.
 
Oleh: Ustazah Fatimah binti Mat Sulaiman
 
image

" Pengembaraan Menyelusuri Titian Ilmu "

Lawatan kerja ke Bangkok, Thailand telah pun berjaya dilaksanakan selama empat hari pada 5 hingga 8 Mei 2012 telah membawa delegasi seramai 6 orang yang diketuai oleh Prof.Dr. Adeeba Kamarulzaman, Dekan di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Ilmu alat yang berguna,
Menjadi bekalan di mana-mana,
Cahaya mentari bersinar laksana,
Segala hidup menjadi bermakna.

image

"Mendamba Sinar Harapan"

Lawatan kerja ke Bangkok, Thailand telah pun berjaya dilaksanakan selama empat hari pada 5 hingga 8 Mei 2012 telah membawa delegasi seramai 6 orang yang diketuai oleh Prof.Dr. Adeeba Kamarulzaman, Dekan di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

image

Hari Pekerja 2012 - JAKIM

Jakim telah mengantar kontijen seramai 30 orang bagi menyertai Majlis Perhimpunan Perpaduan sempena Hari Pekerja 2012 anjuran Kementerian Sumber Manusia.
image

Jakim Layak Ke Peringkat Kebangsaan Bowling MAKSAK

Wakil dari JAKIM Pn Shukriyah binti Mohamad telah berjaya melayakkan diri untuk ke pertandingan bowling di Peringkat Kebangsaan untuk kali kedua.
SEMANGAT PERJUANGAN YANG KENTAL MELAYAKKAN JAKIM
KE PERINGKAT KEBANGSAAN BOWLING MAKSAK.
 
Makswip telah mengadakan pertandingan bowling diantara pegawai-pegawai kerajaan di seluruh Wilayah Persekutuan pada 4-5hb Mei 2012 di Endah Parade Sri Petaling.
 
image