Berita
Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-79
18 – 20 JUN 2012 - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim telah berjaya mengadakan Mesyuarat Panel Kajian Syariah (PKS), Jakim kali ke-79 bertempat di Mines Wellness Hotel Seri Kembangan. Mesyuarat dipengerusikan oleh S.S. Dato’ Seri Hj. Hassan bin Hj. Ahmad, Mufti Pulau Pinang dan dihadiri oleh S.S. Dato’ Mohamad Shukri bin Mohamad Mufti Kelantan, S.S. dato Seri Utama Dato’ Setia Hj Mohd Tamyes bin Abdul Wahid, Mufti Selangor, YBhg. Dato’ Seri Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan ahli-ahli panel yang dilantik.
MESYUARAT PANEL KAJIAN SYARIAH (PKS), JAKIM KALI KE-79
Tarikh:
Jun 22, 2012   - Baca lagi
- Hits : 1262
Bengkel Istinbat Hukum Perkukuh Keupayaan Penyelidik
Memetik isi kandungan ucapan perasmian, Tuan Haji Mohamad bin Saari telah menegaskan bahawa ”penganjuran bengkel ini amat signifikan sekali untuk mengukuhkan keupayaan para penyelidik khususnya dalam penguasaan kaedah istinbat hukum. Ini penting bagi memastikan pegawai-pegawai penyelidik kita benar-benar dapat menangani permasalahan umat dengan penuh berwibawa dan berkesan.”
Bengkel Istinbat Hukum Perkukuh Keupayaan Penyelidik
Para penyelidik dan pegawai Istinbat di Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Mufti Negeri telah berhimpun dalam Bengkel Istinbat Hukum yang berlangsung pada 12 – 14 Jun 2012 bertempat di Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
Tarikh:
Jun 22, 2012   - Baca lagi
- Hits : 1427
Fenomena Alam Semesta
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jakim Cawangan Sabah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Makmal Fizik Angkasa Universiti Malaya telah mengadakan kajian gerhana bulan separa dan kajian transit zuhrah di Pulau Mabul, Sabah pada 4 hingga 6 Jun 2012 yang lalu. Lokasi ini dipilih kerana kedudukan geografinya yang lebih ke timur membolehkan para pengkaji mendapatkan visual awal sentuhan planet Zuhrah dengan matahari yang berlaku pada jam 6.13 pagi berbanding lokasi di semenanjung dimana matahari lebih lewat terbit berbanding Sabah. Pulau Mabul juga mempunyai ufuk yang tidak terlindung berbanding kepulauan yang lain.
KAJIAN GERHANA BULAN SEPARA DAN KAJIAN TRANSIT ZUHRAH
Tarikh:
Jun 12, 2012   - Baca lagi
- Hits : 1599
PELABURAN EMAS: MENGIKUT PERSPEKTIF SYARIAH
Emas kini semakin mendapat tempat di hati para pelabur terutama selepas beberapa siri kemelesetan dan krisis ekonomi yang melanda dunia. Fenomena pelaburan emas disemarakkan lagi dengan kenaikan harga emas saban tahun ini menjadikan pelaburan emas sangat terjamin dari sudut pulangannya.

Jun 01, 2012   - Baca lagi
- Hits : 2810
JAKIM Sertai Conference On Health Related Issues And Islamic Normativity
Pada 20 hingga 23 Jun 2012 baru-baru ini telah berlangsung Conference On Health Related Issues And Islamic Normativity bertempat di Hamburg University Guesthouse, Rothenbaumchaussee, German. Pada persidangan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia telah dijemput untuk menyertai dan membentangkan kertas kerja berkaitan peranan JAKIM dalam menghadapi dan menyelesaikan isu-isu bioethics dalam konteks fatwa di Malaysia.
- Baca lagi
- Hits : 1263
Israk Mikraj : Perkukuh Akidah Ummah
Pada 19 Jun 2012 yang lalu, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Setiusaha Persekutuan Sabah telah menganjurkan Program Wacana Minda siri 6/2012 bertempat di Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan persekutuan, agensi agama dan NGO Islam telah mengikuti program berkenaan.
Kota Kinabalu - Pada 19 Jun 2012 yang lalu, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah menganjurkan Program Wacana Minda siri 6/2012 bertempat di Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan persekutuan, agensi agama dan NGO Islam telah mengikuti program berkenaan.
- Baca lagi
- Hits : 1434
Ziarah Dan Dakwah di Pulau Mantanani
Dari mata kasar, Pulau Mantanani adalah ‘syurga’ bagi golongan penyelam kerana ia adalah antara lokasi tercantik di negeri ini untuk pelbagai aktiviti laut. Kedudukannya di bahagian barat laut daerah Kota Belud dan 80 kilometer dari bandar Kota Kinabalu. Namun apa yang tersirat di sebalik segala keindahan ciptaan Allah S.W.T itu ialah gerakan dakwah perlu diperkasakan. Penduduk pulau berkenaan sangat ‘dahagakan’ bimbingan dakwah.

- Hits : 1647
Sambutan Hari Guru KAFA Peringkat Negeri Sabah Meriah
Ranggu Highland Village, Tawau sekali lagi menjadi destinasi pilihan Jakim Cawangan Sabah. Pada 17 Jun 2012, selepas program anjuran Unit Dakwah, Unit KAFA pula telah berjaya melaksanakan Majlis Sambutan Hari Guru KAFA Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2012. Program ini adalah julung kali diadakan bagi jabatan ini. Ia telah melibatkan penyertaan seramai 250 orang yang terdiri daripada guru KAFA terpilih, Pengerusi KAFA Daerah yang cemerlang dan masyarakat awam.

- Hits : 1873
Kunjung Hormat : USIA Dan Brunei Ke Jakim Sabah
Dalam masa 3 hari, jabatan ini telah menerima 2 kunjung hormat dari dua buah agensi yang berbeza termasuk dari Negara Brunei Darussalam. Pada 11 Jun 2012 yang lepas, hampir 15 orang wakil dari Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah melakukan kunjung hormat ke Jakim Cawangan Sabah. Ia telah diketuai oleh Tuan Haji Lamsil Hamidsor, Naib Yang Dipertua / Ketua Bahagian USIA Bahagian Kota Belud, Sabah.

- Hits : 1452
“Nokorikot Nodi Jakim Tuminuka Tulun Ranau Id Seminar ASWJ”
“Nokorikot Nodi Jakim Tuminuka Tulun Ranau Id Seminar ASWJ” bermaksud Jakim turun padang anjur seminar akidah di Ranau. Pada 12 Jun 2012 yang lepas, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Ranau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Ranau telah menganjurkan Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 3/2012 bertempat di Dewan Masyarakat Ranau. Seramai 385 orang peserta yang terdiri daripada Ketua dan pimpinan masyarakat, penjawat awam, guru dari Jabatan Pelajaran Daerah Ranau, guru takmir dan KAFA, saudara baru dan masyarakat awam telah mengikuti seminar berkenaan. Majoriti yang hadir adalah dari suku kaum Dusun.
- Baca lagi
- Hits : 1430
Para Dai’e Berlatih Di Ranggu Highland Village
Pada 23 hingga 25 Mei 2012 yang lepas, Jakim Cawangan Sabah telah mengadakan Kursus Training Of Trainer (TOT) Pendakwah bertempat di Ranggu Highland Village, Tawau.
Pada 23 hingga 25 Mei 2012 yang lepas, Jakim Cawangan Sabah telah mengadakan Kursus Training Of Trainer (TOT) Pendakwah bertempat di Ranggu Highland Village, Tawau.
- Baca lagi
- Hits : 1680
Ziarah Suburkan Ukhuwwah
Pada 26 Mei 2012 yang lepas, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama KAFA Daerah Tawau telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah Saudara Baru bertempat di Kampung Pekan Kalabakan, Kalabakan, Tawau.
Oleh : Mohd Marzuki

- Hits : 1115