WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya,
No.23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya.
 
Tel : 03-8870 7000
Faks : 03-8870 7166
 
 
LATAR BELAKANG
 
Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan pada 1 Disember 2018 hasil penstrukturan semula Bahagian Kemajuan Islam (BKI) (2009-2018). BDKI adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Dasar JAKIM.
 
Tujuan utama BDKI diwujudkan ialah bagi memfokuskan kepada penggubalan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian terhadap dasar-dasar strategik hal ehwal Islam di negara ini. Justeru, BDKI diberi tanggungjawabkan sebagai urus setia kepada badan-badan utama yang berfungsi sebagai pengubal dan penyelaras dasar hal ehwal Islam di Negara ini, iaitu :
 
  1. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) iaitu sebuah badan penyelaras hal ehwal Islam peringkat nasional yang berfungsi sebagai penasihat kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri berkaitan dengan perundangan, pentadbiran dan pendidikan Islam;

  2. Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) iaitu sebuah badan yang berfungsi untuk menyelaras, meninggikan mutu pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah agama di seluruh Malaysia.

 
Selaras dengan tanggungjawab yang diberikan, BDKI berperanan dalam merangka, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik JAKIM yang menjadi paksi utama kepada Pelan Tindakan sebagai panduan dan rujukan utama untuk memantapkan pengurusan hal ehwal Islam. Pelan tersebut merupakan instrument pemantau utama bagi memastikan sistem penyampaian lebih efektif selaras dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran. Pelan ini juga akan menjadi pemacu kepada keunggulan pelaksanaan program dan kecemerlangan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.
 
 
CAWANGAN-CAWANGAN BDKI
 
Terdapat Enam (6) Cawangan Di Bawah BDKI iaitu:
 
  1. Cawangan Pembangunan Ummah yang berperanan menggubal/menyemak, menyelaras, memantau dan dasar-dasar berkaitan dengan hal ehwal Islam serta menyedia dan menyelaras maklum balas terhadap isu-isu hak asasi manusia di peringkat nasional dan antarabangsa yang berkaitan dengan hal ehwal Islam. Turut berperanan sebagai urus setia Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI), Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) dan Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong.

  2. Cawangan LEPAI yang berperanan sebagai urus setia kepada Persidangan LEPAI, hala tuju pendidikan Islam, hal ehwal Pemberi Pendidikan Tinngi (PPT) JAKIM, menyelaras pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), urus setia Majlis Tahfiz Negara (MTN) serta berkaitan dengan pengiktirafan dan akreditasi.

  3. Cawangan Dasar Perkhidmatan Hal Ehwal Islam yang berperanan bagi merangka strategi pemerkasaan, halatuju dan transformasi perkhidmatan hal ehwal Islam, pegawai-pegawai kader serta merangka dasar pembangunan insan JAKIM.

  4. Cawangan Perancangan Strategik yang berperanan merancang dan merangka hala tuju JAKIM melalui penyediaan, penyelarasan pelaksanaan Pelan Strategik JAKIM, penyelarasan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JAKIM dan laporan pencapaian Program Kemajuan Islam Bajet Berasaskan Outcome (OBB).

  5. Cawangan MKI dan Perlembagaan yang berperanan sebagai Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan penyelarasan kertas-kertas MKI kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR). Turut berperanan sebagai Sekretariat JAKIM bagi semua urusan yang berkaitan dengan urusan Mesyuarat Jemaah Menteri dan Persidangan Parlimen.

  6. Cawangan Khidmat Pengurusan yang berperanan menguruskan hal ehwal pentadbiran, pengurusan dan kewangan Bahagian, serta turut sama membantu menjayakan semua program dan akiviti yang dilaksanakan oleh Bahagian.

 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 11 Ogos 2020.
Jumlah Pelawat :12441120