Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 1:01 Asar : 4:18 Maghrib : 7:01 Isyak : 8:11

Bahagian Kemajuan Islam
Aras 5, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya,
No.23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya.
 
Tel : 03-88707000
Faks : 03-88707003
 
 
LATAR BELAKANG

Melihat kepada perlunya usaha-usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam semasa, pada tahun 2009 pihak agensi pusat telah mengorak langkah melakukan penjenamaan semula Jakim untuk memperkasakan jentera bagi pelaksanaan tugas pengurusan hal ehwal Islam dalam peringkat pusat yang turut akan memperkukuhkan penyelarasan dengan pihak berkuasa agama negeri.
 
Justeru, menerusi waran perjawatan yang diluluskan pada tahun 2009, Bahagian Kemajuan Islam ditubuhkan pada Oktober 2010 hasil penstrukturan semula Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA) dengan Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam. Tujuan utama Bahagian ini diwujudkan bagi melestarikan pembangunan pendidikan Islam, di samping pengukuhan institusi masjid sebagai pusat pembangunan dan perpaduan ummah. Ini seiring dengan usaha Kerajaan dalam memastikan tarbiah dan pendidikan rohani serta pendidikan agama secara formal bermula dari seawal usia lagi bagi memastikan generasi akan datang dapat menyeimbangi keperluan ukhrawi dan duniawi.
 
Sejajar dengan peri pentingnya penyelarasan dasar hal ehwal Islam, Bahagian ini juga diberi tanggungjawab merangka pelaksanaan dasar-dasar hal ehwal Islam peringkat nasional termasuk dasar-dasar berkaitan pendidikan Islam. Rentetan itu, Urus setia MKI yang fungsi utamanya menyelaraskan pentadbiran, undang-undang dan pendidikan Islam telah diletakkan di bawah BKI bagi merancang dan menyelaras dasar-dasar hal ehwal Islam dalam rancangan pembangunan Negara supaya berjalan lancar dan memenuhi keperluan state holder.

Di samping itu juga, ia bagi memastikan fungsi LEPAI untuk meninggikan mutu pelajaran dan pendidikan agama Islam dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun memandangkan penubuhan LEPAI adalah melalui Majlis Raja-Raja menerusi keputusan Mesyuarat Majlis Kali ke-126 pada 24 Februari 1983. Ia merujuk kepada peraturan 7 (b) dalam peraturan MKI berkaitan tugas-tugas Majlis iaitu “memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri atau Majlis Ugama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan atau pentadbiran Ugama Islam dan pelajaran Ugama Islam, dengan tujuan hendak memperbaiki, menyamakan atau menggalak persamaan undang-undang atau pentadbiran”.
 
Bahagian ini diterajui oleh seorang Pengarah Gred Jusa C yang bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Gred Jusa B. Ia dipecahkan kepada empat (4) cawangan yang melaksanakan fungsi-fungsinya yang tersendiri iaitu Cawangan Dasar yang berperanan sebagai penggubal, penyelaras dan pemantau Dasar Hal Ehwal Islam peringkat nasional. Seterusnya Cawangan Pengimarahan Masjid yang berperanan sebagai penyelaras pengimarahan masjid seluruh Malaysia yang merangkumi pengurusan imam, takmir dan PPMD seluruh Malaysia, penyelarasan 3 Masjid Utama, pengurusan khutbah mingguan, penarafan masjid dan inovasi masjid. Cawangan Pendidikan Islam pula berperanan sebagai penyelaras pendidikan Islam seluruh Negara yang melibatkan pengurusan KAFA dan pengurusan Sekolah Agama termasuk pengurusan pondok dan tahfiz. Manakala Cawangan Pengurusan Pentadbiran berperanan sebagai penyelaras urusan pentadbiran dan kewangan Bahagian termasuk pengurusan Parlimen.
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 18 Oktober 2018.
Jumlah Pelawat :12234962