WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

TIGA (3) KATEGORI MASLAHAH (KEBAIKAN)
 
Para ulama telah mengkategorikan Maqasid Syariah kepada tiga (3) maslahah, iaitu:
 
i. Dharuriyah (Keperluan Asas)
Maslahah asas yang melibatkan pemeliharaan lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kesemua kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan asasi yang tidak dapat tidak amat diperlukan oleh setiap manusia melalui kehidupan bermasyarakat. Seandainya salah satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, kehidupan manusia sudah tiada ertinya lagi. Sebarang perkara dan tindakan yang mencabul kelima-lima perkara ini akan dianggap sebagai mafsadah (kerosakan).
 
ii. Hajiyyah (Kemudahan dan kelapangan)
Hajiyyah ialah maslahah yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan, dan pada masa yang sama menghindarkan kesusahan serta kesukaran. Walaupun ia tidak sampai ke tahap keperluan asasi yang boleh menyebabkan kebinasaan hidup manusia, tetapi ia diperlukan bagi mengelakkan kesusahan hidup di dalam masyarakat. Ketiadaan maslahah hajiyyah tidak akan menjejaskan kehidupan tetapi akan menyebabkan sedikit kesulitan.
 
iii. Tahsiniyyah (Kesempurnaan)
Tahsiniyyah ialah maslahah yang diperlukan sebagai kesempurnaan untuk menjaga kehormatan hidup manusia yang melibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang baik serta meninggalkan keadaan yang buruk menurut akal yang waras. Semua itu diperlukan bagi menjamin kelancaran hidup manusia dalam masyarakat. Ketiadaannya tidak memberi implikasi besar terhadap kehidupan manusia.
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 Februari 2019.
Jumlah Pelawat :12264227