Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:08 Zohor : 1:10 Asar : 4:32 Maghrib : 7:06 Isyak : 8:20

Bahagian Pembangunan Insan
Aras 6, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
62150 Putrajaya
No Tel  : 03-88707000
No Faks : 03-88707166
 
 
Pada tahun 1974, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah menubuhkan Institut Dakwah Dan Latihan Islam (INDAH) untuk menyelaras isu-isu berkaitan dakwah dan latihan. Pada tahun 1997, struktur organisasi Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) telah disusun semula berikutan penubuhan JAKIM.  Ekoran daripada itu, INDAH telah dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Dakwah, Bahagian Latihan dan ILIM.
 
Bahagian Latihan bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dalam memastikan pengurus dan pentadbir Hal Ehwal Islam di negara ini mendapat latihan yang mencukupi melalui perancangan dan dasar latihan yang menyeluruh.
 
Fungsi utama Bahagian ini ialah merangka, menyedia dan menilai modul latihan di Pusat-pusat Latihan dan kurikulum di Pusat-pusat Pengajian Akademik JAKIM. Di samping itu Bahagian Latihan turut merancang dan melaksana pembangunan latihan dan kerjaya pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam supaya organisasi dan individu mampu berfungsi dengan berkesan, cekap, memenuhi keperluan semasa dan menghasilkan kerja yang berkualiti.
 
Pada peringkat awal penubuhan, Bahagian Latihan JAKIM diperuntukkan dengan 12 perjawatan seperti Jadual 1.  
 
Jadual 1: Perjawatan Bahagian Latihan Tahun 1997 
JAWATAN GRED JUMLAH
Pengarah S 1 1
Penolong Pengarah S 3 7
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N 9 1
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N 9 1
Pembantu Tadbir Rendah N 11 1
Pembantu Am Pejabat N 1 1
JUMLAH 12

                                                                                         (Gred mengikut Sistem Saraan Malaysia)

 

Pada tahun 2004, perjawatan di Bahagian Latihan telah menunjukkan perkembangan iaitu pertambahan 5 perjawatan dan 3 jawatan dinaiktaraf.  2 jawatan Gred S3 ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Gred S48 dan 1 jawatan Gred S3 ke jawatan Penolong Pengarah Kanan Gred S44. Tambahan 1 Jawatan Penolong Pegawai Tadbir, 3 jawatan kerani Pembantu Tadbir Operasi Gred N17 dan 1 jawatan Pembantu Am Pejabat. Manakala 1 jawatan Pembantu Khas, Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dimansuhkan.
 
Jadual 2: Perjawatan Bahagian Latihan Tahun 2005
JAWATAN GRED JUMLAH
Pengarah S 54 1
Ketua Penolong Pengarah S 48 2
Penolong Pengarah Kanan S 44 1
Penolong Pengarah S 41 4
Penolong Pegawai Tadbir N 27 1
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N 17 1
Pembantu Tadbir (Operasi) N 17 3
Pembantu Tadbir Rendah N 11 1
Pembantu Am Pejabat N 1 2
JUMLAH 16
                                                                                                                        W.P Bil. A 109 2004
 
Teras perkhidmatan Bahagian Latihan berasaskan keputusan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-38 pada 12 Februari 1996 bersetuju menjadikan Perkhidmatan Pegawai Hal Ehwal Islam sebagai Perkhidmatan Bersama Seluruh Malaysia. Pelanggan Bahagian Latihan JAKIM meliputi semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam di seluruh Malaysia terdiri daripada bahagian-bahagian di JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri Yang Menyertai Skim Perkhidmatan Bersama PHEI ( 7 Negeri ), Jabatan Agama Islam Negeri Yang Tidak Menyertai Perkhidmatan Bersama(8 Negeri), Majlis Agama Islam Negeri, Pejabat/Jabatan Mufti, Jabatan dan Agensi Kerajaan seperti YADIM, JKSM, KAGAT serta agensi-agensi  perkaderan JAKIM. Mulai tahun 2010 nama Bahagian Latihan telah dijenamakan kembali dengan nama Bahagian Pembangunan Insan, Jakim dan telah diketuai oleh seorang Pengarah yang bergred Jusa C.
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 11 Disember 2018.
Jumlah Pelawat :12248028