Kurator Berita : Sekretariat Majlis Halal Malaysia

PUTRAJAYA - Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM telah menerima kunjung hormat daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) pada 18 April 2019 yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan HRDF yang diwakili Encik Murali A/L Muniandy dan Puan Solehah bt Amin Hussaini adalah untuk berkongsi pandangan berkenaan skim latihan yang ditawarkan oleh mereka. Sesi perbincangan selama satu (1) jam ini bertujuan untuk mewujudkan satu kolaborasi antara MHM dengan HRDF ke arah pemantapan profesional halal dalam ekosistem halal.  

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Asri bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM dan turut melibatkan pegawai kanan Halal Profesional Board (HPB), Encik Mohd Samir bin Sulaiman, pegawai kanan dari Seksyen Perhubungan dan Khidmat Kepakaran (SPKK), Encik Mohd Fadhli bin Mohd Yusof dan pegawai-pegawai dari Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

LAWATAN HRDF KE MHM 18042019