jata

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

 

BERKENAAN

 

KEPUTUSAN PEMENANG PERTANDINGAN VIDEO KREATIF

SEMPENA NUZUL AL-QURAN 1441H/2020M JAKIM

 

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengadakan Pertandingan Video Kreatif Sempena Nuzul Al-Quran 1441H/2020M bermula pada 7 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.
 
2. Objektif pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai Islam kepada masyarakat melalui Al-Quran dan sebagai kempen menggalakkan masyarakat membaca, mentadabbur dan menghayati al-Quran. Di samping itu, menggalakkan masyarakat duduk di rumah dengan melakukan aktiviti bermanfaat sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
 
3. Program ini berorientasikan media sosial di mana peserta hanya perlu menggunakan kreativiti media sosial untuk menyampaikan mesej al-Quran kepada netizen.
 
4. Program ini dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama dari pihak Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), YaPEIMGold dan Yayasan Restu yang telah bersetuju untuk menaja hadiah untuk semua para pemenang seperti berikut :
 
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - Menaja hadiah wang tunai kepada pemenang dan hadiah juri keseluruhan berjumlah RM8450.00.
 
YaPEIMGold - Menaja hadiah berupa simpanan emas bernilai 1 gram yang keseluruhannya berjumlah 6 gram. 
 
Yayasan Restu - Menaja 37 naskhah al-Quran
 
5. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu :
i.      Nuzul al-Quran Challenge PKPB
       (Penyertaan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia)
ii.     Iqra’ Challenge PKPB
(Penyertaan berumur 7-14 tahun)
 
6. Penyertaan dan pemenang adalah seperti berikut :
 
Penyertaan:
Terdapat seramai 52 penyertaan bagi kategori Nuzul al-Quran Challenge PKPB.Terdapat 59 penyertaan bagi kategori Iqra’ Challenge PKPB.
 
Pemenang
Enam pemenang telah dipilih bagi kategori Nuzul al-Quran Challenge PKPB.Enam pemenang telah dipilih bagi kategori Iqra’ Challenge PKPBKeputusan pertandingan telah diisytiharkan melalui media sosial rasmi JAKIM pada 25 Mei 2020 dan semua pemenang telah dihubungi.
 
7. Penjurian telah dilaksanakan seperti berikut :
 
Kategori 1 :              
70% Markah penilaian oleh juri berdasarkan kreativiti dan mesej yang disampaikan berkaitan tema. 30% Markah     penilaian berdasarkan video yang mendapat banyak like, share dan komen di media sosial.
 
Kategori 2 :
80% Penilaian berdasarkan bacaan tilawah terbaik dari segi tajwid, fasohah, suara dan tarannum serta kreativiti isi kandungan/mesej di dalam Ibrah mengenai Nuzul Al-Quran 20% Markah penilaian berdasarkan video yang mendapat banyak like, share dan komen di media sosial.

 

8. Hadiah dan saguhati menarik yang disediakan ialah :

Kategori 1 :

 
Johan
Wang tunai RM1000.00 sumbangan BIMB
Simpanan Emas bernilai 1gm sumbangan YaPEIM Gold
Naskhah al-Quran Eksklusif sumbangan Yayasan Restu
 
Naib Johan
Wang tunai RM500.00 sumbangan BIMB
Simpanan Emas bernilai 1gm sumbangan YaPEIM Gold
Naskhah al-Quran Eksklusif sumbangan Yayasan Restu
 
Tempat Ketiga
Wang tunai RM200.00 sumbangan BIMB
Simpanan Emas bernilai 1gm sumbangan YaPEIM Gold
Naskhah al-Quran Eksklusif sumbangan Yayasan Restu
 
Saguhati (3 Pemenang)
Wang tunai RM200.00 sumbangan BIMB
Naskhah al-Quran Eksklusif sumbangan Yayasan Restu
 
 

Kategori 2 :

 
Johan
Wang tunai RM700.00 sumbangan BIMB
Simpanan Emas bernilai 1gm sumbangan YaPEIM Gold
Naskhah al-Quran Eksklusif sumbangan Yayasan Restu
 
Naib Johan
Wang tunai RM350.00 sumbangan BIMB
Simpanan Emas bernilai 1gm sumbangan YaPEIM Gold
Naskhah al-Quran Eksklusif sumbangan Yayasan Restu
 
Tempat Ketiga
Wang tunai RM200.00 sumbangan BIMB
Simpanan Emas bernilai 1gm sumbangan YaPEIM Gold
Naskhah al-Quran Eksklusif sumbangan Yayasan Restu
 
Saguhati (3 pemenang)
Wang tunai RM100.00 sumbangan BIMB
Naskhah al-Quran Eksklusif sumbangan Yayasan Restu
 
9. Senarai pemenang adalah seperti berikut:
 
Kategori Nuzul al-Quran Challenge PKPB.
 
Johan:
Muhammad Hariz Daniel bin Mohd Sharel Azlee dari Putrajaya.
 
Naib Johan:
Maryam Nabeelah binti ismail dari Shah Alam, Selangor.
 
Tempat Ketiga:
Azizan Habri bin Nurman dari Puncak Alam, Selangor
 
Saguhati:
1. Nur Hafiq bin Halim dari Petaling Jaya, Selangor.
2. Itqas Studio.
3. Nur Nazirah binti Ismail dari Sungai Kob, Kedah.
 
Kategori Iqra’ Challenge PKPB.
 
Johan:
Ulwan husaini bin Lahirul dari kota kinabalu, Sabah.
 
Naib Johan:
Nur Aisyah Al Humaira binti mohd Shukri dari Johor Bahru, Johor.
 
Tempat Ketiga:
Qaisarah Jannah binti Abdul Nazar dari Balakong, Selangor
 
Saguhati:
1. Nor Azwa binti Kamaruddin.
2. Nur Hanan Ahwazie binti Mohd Haris dari Kuala Terengganu. 
3. Aqil Zihni bin Mohd Aizat dari Bukit Gantang, Perak.
 
 
10. Saya mengucapkan tahniah kepada semua para pemenang dan juga tahniah kepada semua yang menyertai pertandingan yang julung kalinya diadakan ini. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penyumbang iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), YaPEIMGold dan Yayasan Restu yang telah memberi sokongan padu kepada JAKIM.
 
11. Justeru, saya memohon jasabaik rakan-rakan media untuk membuat liputan meluas terhadap pelaksanaan program ini.
 
   Sekian
 
   DATO’ PAIMUZI BIN YAHYA
   Ketua Pengarah
   Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
   17 Syawal 1441H
   9 Jun 2020M