Kurator Berita : Sekretariat Majlis Halal Malaysia

KUALA LUMPUR -Pertemuan dua hala JAKIM dan Kedutaan Republik Argentina di Kuala Lumpur amat signifikan khususnya bagi meneruskan agenda mengukuh kerjasama dalam aspek halal. Duta Besar Republik Argentina ke Malaysia HE Ambassador Manuel Jose Balaguer Salas telah membuat jemputan balas kepada JAKIM selepas beberapa siri pertemuan dan perbincangan berjalan sebelum ini berkaitan kerjasama halal Malaysia dan Republik Argentina.

Kunjung hormat balas yang berlangsung di kedutaan tersebut pada 12 April 2019 yang lalu telah diketuai YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia (MHM), JAKIM bersama pegawai kanan MHM, JAKIM iaitu En. Mohd Asri Abdullah dan En. Muhammad Naim Mohd Aziz. Pertemuan tersebut turut disertai Mr. Alexis Damián Elías Am, Minister Commercial Section di kedutaan.

Pertemuan semasa kunjungan ini juga adalah satu penghormatan terbaik lanjutan kesediaan Malaysia melalui JAKIM dalam menghulurkan bantuan pembangunan kapasiti teknikal halal dan peluang berharga untuk berkongsi kejayaan Malaysia selama ini dalam aspek halal. Program pembangunan kapasiti ini adalah skop baharu yang diperkenalkan sebagai usaha untuk memberikan maklumat langsung pemahaman berkaitan halal serta keperluan peraturan halal yang dilaksanakan di Malaysia.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalMalaysiatheWorldFirstClass

#HalalConnectingtheWorld

KUNJUNG HORMAT MHM DI ARGENTINA UTAMA 12042019

KUNJUNG HORMAT MHM DI ARGENTINA 2 12042019

KUNJUNG HORMAT MHM DI ARGENTINA 3 12042019