Bengkel Istinbat Hukum Perkukuh Keupayaan Penyelidik
Bengkel Istinbat Hukum Perkukuh Keupayaan Penyelidik
Para penyelidik dan pegawai Istinbat di Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Mufti Negeri telah berhimpun dalam Bengkel Istinbat Hukum yang berlangsung pada 12 – 14 Jun 2012 bertempat di Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim.
Memetik isi kandungan ucapan perasmian, Tuan Haji Mohamad bin Saari telah menegaskan bahawa ”penganjuran bengkel ini amat signifikan sekali untuk mengukuhkan keupayaan para penyelidik khususnya dalam penguasaan kaedah istinbat hukum. Ini penting bagi memastikan pegawai-pegawai penyelidik kita benar-benar dapat menangani permasalahan umat dengan penuh berwibawa dan berkesan.”
Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk memperkasa kefahaman berkaitan asas kaedah istinbat hukum yang telah dipersetujui oleh para ulama’ muktabar selain merumus metodologi istinbat hukum untuk dipraktikkan dalam penulisan kertas kajian hukum di peringkat jabatan.
Seramai 6 orang tokoh ilmuan telah dijemput untuk memberikan pengisian dalam bengkel kali ini. Tokoh-tokoh tersebut adalah seperti berikut:
i. Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin
Pengarah Eksekutif
International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia
Tajuk :“Maqasid Syariah: Aplikasi dan Pengaruhnya Dalam Pembentukan Hukum”
ii. Prof. Madya Dr. Anis Malik bin Thoha
Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tajuk :“Analisis Fatwa-Fatwa Aqidah Berasaskan Konsep al-tasyabbuh bil-kafirin”
iii. YBhg. Dato’ Haji Md. Saleh b. Hj. Ahmad
Ahli Panel Kajian Syariah, Jakim / Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
Tajuk :“Penggunaan Taqlid dan Talfiq Dalam Keputusan Hukum”
iv. Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Ahli Panel Kajian Syariah, Jakim
Tajuk : “Aplikasi dan Kaedah Berhujah Dalam Penulisan Kertas
Kerja Hukum”
v. Dr. Luqman bin Haji Abdullah
Jabatan Fiqh dan Usul
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Tajuk : “Konsep Maslahah dan Darurat:Konsep Serta Syarat-Syarat Pelaksanaan”
vi. YBhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz
Mantan Ketua Pengarah Jakim
Tajuk : “Penyelidikan Islam Dalam Konteks Agensi Agama: Kepentingan, Halatuju dan Cabaran”
vii. Prof. Madya Dr. Mohd. Fauzi bin Hamat
Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Tajuk :“Metodologi Kajian Ajaran Sesat Berunsurkan Aliran Kesufian”
Semoga penganjuran bengkel kali ini dapat meningkatkan kompetensi para penyelidik di agensi agama untuk menghasilkan kajian-kajian hukum serta isu semasa Islam demi manfaat umat Islam di Malaysia.








Tarikh:
Jun 22, 2012   Groups:
- Hits : 1443







