Bengkel Pemurnian Modul Pelan Tindakan Dakwah Nasional
BENGKEL PEMURNIAN MODUL PELAN TINDAKAN DAKWAH NASIONAL DAN DASAR DAKWAH NEGARA
Dengan misi untuk menjadikan pengurusan dakwah negara lebih komprehensif dan sistematik, Bengkel Pemurnian Dasar Dakwah Negara serta Pelan Tindakan Dakwah Negara bagi tempoh 2012 - 2016 telah dijayakan di Hotel Impian Morib, Banting, Selangor pada 21 - 22 Jun 201Bengkel .
Bengkel ini dihadiri oleh 28 orang peserta meliputi pegawai-pegawai tinggi Jakim, para intelektual muslim yang terdiri daripada pakar-pakar akademik dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Negara di samping wakil-wakil dari badan NGO Islam khususnya yang terlibat dalam bidang dakwah samada secara langsung mahupun tidak.
Antara tenaga pakar yang terlibat bagi memurnikan Draf DDN dan PTDN yang telah ialah Prof. Dato Dr. Mohd. Yusof Hj. Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Prof. Dr. Zulkiple Abd. Ghani, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM, Prof. Dr. Badlisham Mohd. Nasir, Pensyarah di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM, Prof. Madya Dr. Che Mahzan Ahmad, Pensyarah di Jabatan Komunikasi UIAM, Dr. Mohd. Aderi Che Noh dari Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan UKM, Dr. Fakhrul Adabi dari Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan UM.
Menurut YBhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Bengkel ini berhasrat untuk memastikan DDN dan PTDN diwujudkan di samping ingin mewujudkan aliran proses kerja dakwah yang jelas, fokus dan sistematik. Selain itu, DDN dan PTDN ini juga dibangunkan demi memastikan tiada pertindihan arahan antara pihak yang menggerakkan usaha dakwah di Malaysia. Akhirnya, beliau mengharapkan melalui pembangunan DDN dan PTDN ini kelak, gerak kerja dakwah akan dapat ditingkatkan martabatnya menjadi agen pemangkin kepada kemajuan negara.




- Hits : 1279







