Bengkel Pemurnian Sistem Maklumat Imam Dan Masjid (SISMIM) Zon Sabah
Kota Kinabalu, Sabah - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Kemajuan Islam dan Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Sistem Maklumat Imam dan Masjid (SISMIM) Zon Sabah pada 11 hingga 14 September 2012 bertempat di Likas Square Apartmnet Hotel, Kota Kinabalu Sabah. Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) dan imam masjid seluruh negeri Sabah telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini diadakan bagi tujuan pengemaskinian data masjid, surau dan kakitangan masjid bagi zon Sabah bagi tahun 2012.
Bengkel ini dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut, Encik Adam bin Abdul Hai wakil dari JHEAINS.
Kerjasama yang terjalin antara pihak JAKIM dan JHEAINS serta komitmen yang tinggi yang diberikan dalam menjayakan bengkel tersebut telah memberi hasil yang positif kepada kedua-dua pihak melalui latihan penggunaan Sistem Maklumat Imam dan Masjid (SISMIM) yang diberikan kepada para peserta mampu memberi maklumat yang tepat kepada pihak JAKIM.






Tarikh:
Sep 18, 2012   - Hits : 1074







