Bengkel Pengurusan KAFA Negeri Sabah Bil. 1 / 2012.

JAKIM Cawangan Sabah telah membuka lembaran baru tahun 2012 dengan mengadakan Bengkel Pengurusan KAFA Negeri Sabah. Bengkel yang julung kalinya dilaksanakan ini telah diadakan pada 17-19 Januari 2012 bertempat di Bilik Seminar Pulau Pinang, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu. Seramai 31 orang penyelia KAFA termasuk kakitangan sokongan Unit KAFA dari seluruh negeri Sabah telah menyertai bengkel tersebut.
 
Dalam bengkel tersebut, semua peserta telah didedahkan mengenai perancangan dan halatuju KAFA negeri Sabah, seterusnya merancang takwim aktiviti KAFA negeri dan daerah bagi tahun 2012. Selain itu, mereka juga diberi taklimat mengenai instrumen penaziran KAFA 2012 yang telah diedarkan oleh JAKIM Putrajaya serta takwim ujian dan pendaftaran calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Pada hari kedua bengkel, Mesyuarat Pengurusan Penyelia KAFA Bil. 1/2012 telah diadakan dan dipengerusikan sendiri oleh Ust. Hjh. Noordianah bt. Hj. Alwi, Penolong Pengarah KAFA yang baru, JAKIM Cawangan Sabah
 
Bengkel ini merupakan satu usaha penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengurusan KAFA di Negeri Sabah dan penyediaan strategik peningkatan pencapaian Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2012. Semoga ini dapat membantu unit ini dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan KAFA kepada masyarakat Islam negeri di bawah bayu ini.
 
 
Antara Penyelia KAFA yang menghadiri bengkel 
 
 
Penolong Pengarah KAFA mempengerusikan mesyuarat 
 
 
Peserta sedang mendengar taklimat 
 
 
Taklimat Instrumen Penaziran KAFA 2012 
 
 
Ust.Hjh.Noordianah sedang mengendalikan bengkel