Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa
JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Fatwa telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa Jabatan-Jabatan Mufti Seluruh Malaysia bertempat di Hotel Rossa Passadena Cameron Highlands, Pahang pada 11 – 13 Julai 2012.
Bengkel yang berjalan selama tiga hari ini telah dihadiri oleh Timbalan/ Pegawai daripada Jabatan-Jabatan Mufti Seluruh Malaysia.
Antara isu utama yang dibincangkan ialah :-
i. Kesan Ketidak Seragaman Fatwa Dari Sudut Undang-Undang/ Enakmen/ Akta
Oleh: En. Mohd Syahrizal Syah Bin Zakaria
Peguam Kanan Persekutuan
Pejabat Penasihat Undang-Undang, JAKIM
ii. Deraf Garis Panduan Bagi Negeri-Negeri Memperakukan Keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Sebagai fatwa Negeri
Oleh: En. Aminudin Bin Mohamad
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Fatwa, JAKIM
Bengkel Penyelarasan ini turut menghasilkan beberapa resolusi berkaitan pengurusan dan penyelarasan fatwa untuk dilaksanakan secara bersama oleh JAKIM dan Negeri-Negeri.







Tarikh:
Jul 19, 2012   Groups:
- Hits : 1143







