Bengkel Psikopendidikan Anjuran JKM dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya

Seramai 60 orang klien PKMD Hulu Langat, PPKMD Kuala Langat dan PKMD Sepang telah berjaya mengikuti Bengkel Interaktif/Psikopendidikan anjuran bersama Unit Kaunseling dan Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pada 29 September 2010 (Rabu) di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni.
 
Ceramah 1 yang telah disampaikan oleh ASP Chinniah a/l Vallasamy dari IPD Putrajaya bertajuk Kesedaran Undang-undang Bagi Kes Kesalahan Juvana manakala ceramah ke 2 telah disampaikan oleh En. Wan Fadzil bin Wan Ali bertajuk Tips dan Pertua Membentuk Keluarga Bahagia.
 
Bengkel yang diadakan selama sehari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya Aktiviti Bersama Keluarga, Aktiviti dalam Kumpulan, Perbincangan Menyelesaikan Masalah Serta Konflik Dalam Sesebuah Kekeluargaan.
 
Matlamat utama bengkel adalah untuk mewujudkan kerjasama ibu bapa dalam mendidik dan menjaga keturunan mereka (anak-anak) dengan cara yang baik, dapat menyedarkan mereka tentang undang-undang yang perlu dipatuhi dalam kehidupan seharian dan dapat memupuk kesedaran dalam diri peserta dan ibu bapa terhadap tanggungjawab dalam melahirkan keluarga mithali. Secara tidak langsung hubungan silaturrahim diantara mereka lebih erat melalui aktiviti yang telah dijalankan tersebut.
 
Program ini telah berjalan dengan lancar melibatkan sebahagian besar fasilitator daripada Unit Kaunseling dan psikologi JKMN serta kakitangan masjid sebagai urusetia.
 
Sesi pendaftaran peserta.
Seramai 60 orang peserta mengikuti program ini.
Ceramah yang disampaikan oleh ASP Chinniah a/l Vallasamy dari IPD Putrajaya bertajuk 'Kesedaran Undang-undang Bagi Kes Kesalahan Juvana'