Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 1:19 Asar : 4:34 Maghrib : 7:25 Isyak : 8:36

Buat pertama kalinya, Jakim menghantar wakilnya pada Pertandingan Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2017 dan mengondol hadiah Juara. Jakim diwakili oleh Ustaz Mohd Hariri Bin Mohamad Daud, Penolong Pengarah, Unit Indeks Syariah Malaysia dengan tajuk “Bahasa Asas negara Bangsa”. Pertandingan Pidato Piala Ketua Perkhidmatan Awam Malaysia ini adalah bersempena Sasana Bahasa, Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Awam anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diadakan pada 16 November 2017 di Auditorium JPA.
 
Beliau telah berjaya menewaskan 4 peserta lain di Peringkat Akhir. Pertandingan ini melibatkan 30 Kementerian, Jabatan dan Agensi Sektor Awam yang meliputi peringkat saringan dan separuh akhir.
 
Hadiah telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut hadir ialah Tan Sri Dato’ Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan lain. Jakim merakamkan ucapan Tahniah dan semoga lebih banyak kejayaan akan dapat dicapai oleh warga Jakim untuk memberi imej baik kepada Jabatan.
 
 
Keputusan Akhir Pidato Piala KPPA
 
Johan : Mohd Hariri Mohamad Daud (JAKIM)
Naib Johan : Maryam JAmeilah Abdul Manaff (Jabatan Peguam Negara)
Ketiga : Chyfica Binti Mohamed Zamri (Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan)
Keempat : Mohd Rafee Bin Mohamad (Kem. Pendidikan Malaysia)
Kelima : Prof Madya Dr. Palsan Sannai Bin Abdullah (Universiti Malaysia Kelantan)
 
Jakim Juara Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2017 1
 
Jakim Juara Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2017 2
 
Jakim Juara Pidato Piala KPPA2017 3
 
Jakim Juara Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2017 4
 
Jakim Juara Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2017 5
 
Jakim Juara Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2017 6
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 17 Ogos 2018.
Jumlah Pelawat :12216086