jata
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
SARANAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT DARI
WABAK CORONAVIRUS 
 
Susulan penularan wabak coronavirus di negara kita seperti kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, JAKIM melalui tiga (3) masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan mengadakan solat hajat dan doa selamat selepas Solat Isyak malam ini. 
 
JAKIM menjemput umat Islam untuk turut serta menunaikan Solat Hajat dan memperbanyakkan doa di samping mengikuti saranan amalan kesihatan seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.
 
JAKIM juga memohon kerjasama dan jasa baik semua Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN dan MAIN) untuk sama-sama menganjurkan Solat Hajat dan doa melalui masjid-masjid bawah seliaan mereka di seluruh negara agar Malaysia dan dunia dilindungi dari wabak berkenaan.
 
Kerjasama rakan media untuk menyebarkan perkara ini juga amatlah dihargai dan disanjung tinggi. 
 
Sekian, Terima kasih.
 
DATO' PAIMUZI YAHYA
KETUA PENGARAH JAKIM
25 Januari 2020