Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Kemajuan yang dicapai oleh Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah menunjukkan bahawa ia setanding dan setaraf dengan institusi pendidikan yang lain serta tidak boleh dipandang rendah. Kemajuan yang dicapai ini hendaklah dicontohi oleh negeri-negeri lain dalam membangunkan maahad tahfiz di negeri masing-masing.
YBhg Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof bin Noor
Pengerusi LEPAI
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 2
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Kemajuan Islam dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang telah berjaya menganjurkan Persidangan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) Kali Ke 45 pada 1 hingga 3 Oktober 2015 bertempat di Hotel MS Garden Kuantan, Pahang.
 
Persidangan yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof bin Noor ini telah dihadiri oleh YBhg Dato’ Hj Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim selaku Setiausaha LEPAI, Yang Berhormat-Yang Berhormat ahli LEPAI yang dilantik oleh Raja/Sultan di negeri-negeri, ahli-ahli LEPAI yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja, Pengarah-pengarah / wakil Pengarah Jabatan Agama Islam negeri – negeri, Pengarah-pengarah / wakil Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Islam Terengganu. Persidangan LEPAI pada kali ini telah dihadiri oleh 9 orang ahli-ahli Yang Berhormat ahli Dewan Undangan Negeri-negeri, antaranya ialah YB Dato' Dr Awaluddin bin Hj Said; Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan (ahli LEPAI daripada Negeri Sembilan). Hadir bersama dalam persidangan ini ialah YBhg Tuan Hj Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim, YBhg Dato' Ali bin Mohammed; Pengarah Dakwah (menjalankan tugas Pengarah BKI Jakim) dan pengarah-pengarah bahagian di Jakim.
 
Sempena persidangan yang diadakan ini juga, Jabatan Agama Islam Pahang selaku urus setia pelaksana peringkat negeri telah mengatur beberapa program iaitu Majlis Mengadap Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, lawatan kerja ke sekolah – sekitar Kuantan dan Pekan, Pahang; dan Majlis Makan Malam Bersama YAB Menteri Besar Pahang.
 
Hasil daripada lawatan kerja yang diadakan, YBhg Tan Sri Pengerusi amat berpuas hati dengan perkembangan sekolah-sekolah agama Negeri Pahang terutamanya kemajuan dan kejayaan yang dicapai oleh Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang amat mengujakan semua pihak. Menurut YBhg Tan Sri, kemajuan yang dicapai oleh Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah menunjukkan bahawa ia setanding dan setaraf dengan institusi pendidikan yang lain serta tidak boleh dipandang rendah. Kemajuan yang dicapai ini hendaklah dicontohi oleh negeri-negeri lain dalam membangunkan maahad tahfiz di negeri masing-masing.
 
YBhg Tan Sri juga mengingatkan semua ahli persidangan bahawa LEPAI adalah sebuah lembaga yang ditubuhkan oleh Raja-raja Melayu, yang mana ia menunjukkan kprihatinan Raja-raja Melayu terhadap pembangunan dan kemajuan pendidikan Agama Islam kepada rakyatnya. Sehubungan itu, semua ahli LEPAI hendaklah memberikan perhatian terhadap amanah yang diberi oleh Raja-raja Melayu dalam memastikan pendidikan Agama Islam dipelihara dan dilaksana dengan baik mengikut ketetapan Majlis Raja-raja.
 
MAJLIS MENGHADAP KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA 
TENGKU MAHKOTA PAHANG; TENGKU ABDULLAH Al-HAJ IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 1
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 3
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 4
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 5
 
 
LAWATAN KERJA KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA (SMA) AL IHSAN TANJUNG API, KUANTAN
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 6
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 7
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 9
 
 
LAWATAN KERJA KE MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 10
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 11
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 12
 
 
LAWATAN KERJA KE SAR KAFA SRI MAULANA, PEKAN PAHANG
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 13
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 14
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 15
 
 
LAWATAN KERJA KE KULIAH SULTAN ABU BAKAR, PEKAN PAHANG
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 16
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 17
 
 
PERSIDANGAN LEPAI KALI KE 45
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 18
 
Persidangan LEPAI Kali Ke 45 19