Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Songkhla Thailand, 11 Mei 2016 : JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang (BPUU) komited dalam usaha melaksanakan transformasi penguatkuasaan, pendakwaan dan pentadbiran meliputi beberapa aspek termasuklah dalam kerjasama pintar serta kolaborasi strategik yang meliputi di peringkat Negara-negara Asean bagi memperkemas dan memperkukuhkan lagi kedudukan Institusi Agama Islam setanding dengan agensi-agensi lain. BPUU memilih Selatan Thailand sebagai destinasi kunjungan pada tahun ini bagi menyingkap isu penting perundangan iaitu kesalahan tidak mematuhi undang-undang berkaitan perkahwinan sebagai fokus utama.

Program ini telah dilaksanakan pada 11 dan12 Mei 2016 di Wilayah Selatan Thailand yang melibatkan pegawai-pegawai daripada JAKIM, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA) dan Ketua Pendakwa Syarie (KPS) seluruh Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM. Turut menyertai program ini ialah YAA. Tuan Asaa’ri bin Haji Mohd Yazid, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.

Objektif program ini diadakan adalah untuk :

a. Mendapatkan maklumat dan penjelasan yang tepat berkaitan penguatkuasaan, pendakwaan dan pentadbiran   serta kaedah-kaedah perundangan Syariah.

b. Meningkatkan profesionalisme pegawai melalui pertukaran maklumat, pandangan dan saranan bagi mengatasi permasalahan berkaitan penguatkuasaan, pendakwaan dan pentadbiran dengan pihak Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Majlis Agama Islam Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat menerusi program diskusi yang diadakan.

c. Meningkatkan dan menjalinkan hubungan strategik yang baik serta mengeratkan silaturrahim dengan agensi seperti Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Majlis Agama Islam Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat.

Sepanjang dua hari delegasi telah berjaya mengadakan 2 sesi diskusi dan 1 sesi lawatan seperti berikut :

a. Kunjung Hormat dan Diskusi yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Afandi Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand.

b. Kunjung Hormat dan Diskusi bersama Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia dengan 5 wakil Majlis Agama Islam Wilayah Selatan Thailand di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand.

c. Lawatan kerja ke Masjid Jamek Songkhla, Thailand.

Program diskusi yang diadakan membuka ruang perbincangan yang sangat berkesan khususnya dalam memahami budaya kerja, keberkesanan dan amalan serta aspek perundangan di kedua-dua negara. Mekanisme pelaksanaan penguatkuasaan dan pendakwaan dalam isu nikah sindiket, pemalsuan dokumen dan isu-isu berkaitan turut diutarakan.

Secara keseluruhannya program diskusi ini telah berjaya dilaksanakan serta mencapai matlamat program di samping ahli delegasi juga telah disambut dalam suasana penuh mahabbah di semua lokasi yang dilawati. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan dalam usaha mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara dua negara khususnya bagi mengkaji dan berkongsi pengetahuan atau knowledge sharing mengenai perundangan Syariah dari segi penguatkuasaan, pendakwaan dan pentadbiran di Wilayah Selatan Thailand.

 diskusi selatan thai

Delegasi Program Diskusi Isu Penguatkuasaan dan Pendakwaan Undang-Undang Syariah : Pengurusan Perkahwinan Rentas Sempadan di Selatan Thailand bergambar kenangan bersama YBhg. Tuan Mohd Afandi Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia, Songkhla, Thailand

 

diskusi selatan thai 1 2

 YBhg. Tuan Mohd Afandi Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia, Songkhla, Thailand sedang menyampaikan ucapan pada sesi program diskusi kepada delegasi JAKIM dan JAIN

 

diskusi selatan thai 1 3

YBhg. Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM sebagai Ketua Delegasi Program

 

diskusi selatan thai 1 1

Suasana dalam dewan ketika sesi Program Diskusi Isu Penguatkuasaan dan Pendakwaan Undang-Undang Syariah di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Songkhla berlangsung

 

diskusi selatan thai 1 4

YBhg. Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Tuan Mohd Afandi Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia, Songkhla, Thailand

 

diskusi selatan thai 1 5

Sesi Perbincangan di antara Delegasi Malaysia bersama wakil Majlis Agama Islam Wilayah Selatan Thailand yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Afandi Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia, Songkhla, Thailand

 

diskusi selatan thai 1 6

Suasana dalam dewan ketika sesi Program Diskusi Isu Penguatkuasaan dan Pendakwaan Undang-Undang Syariah : Pengurusan Perkahwinan Rentas Sempadan di Selatan Thailand bertempat di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand

 

diskusi selatan thai 1 7

YBhg. Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM menyampaikan cenderahati kepada wakil Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand

 

diskusi selatan thai 1 8

Delegasi diraikan dengan Majlis Jamuan Tengah Hari oleh pihak Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand