WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

OSAKA, JEPUN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyertai International Halal Conference (INHAC) 2019 yang diadakan pada 22 hingga 23 April 2019 bertempat di Osaka University Nakanoshima Centre, Jepun.

Program anjuran bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam dan Universiti Osaka ini telah disertai oleh hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada para pembentang kertas kerja dari pelbagai negara, penceramah serta ahli-ahli Persatuan Sains dan Teknologi Halal Jepun.

Objektif utama seminar kali ini adalah untuk menyediakan platform kepada para penyelidik, ahli akademik serta pihak industri bagi berkongsi maklumat dapatan penyelidikan dan pengalaman masing-masing dalam bidang halal.

Penyertaan JAKIM dalam program ini diwakili oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia. JAKIM telah diberikan penghormatan oleh pihak penganjur untuk menyampaikan ucaptama berkaitan halal dalam persidangan kali ini. Ucaptama yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin berkisar mengenai “Harmonization of Halal Certification Worldwide” dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para peserta yang memenuhi segenap ruang persidangan berkenaan.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiatheWorldFirstClass

#HalalConnectingtheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

OSAKA UTAMA 2223042019

OSAKA 2 2223042019

OSAKA 3 2223042019

OSAKA 4 2223042019

OSAKA 5 2223042019




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 14 Jun 2019.
Jumlah Pelawat :12306437