WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA, 25 April 2019 - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dengan kerjasama Malaysian Association Hotel Owners (MAHO) telah menganjurkan program kesedaran halal kepada pengusaha hotel di Malaysia yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.

Matlamat utama penganjuran program seumpama ini ialah untuk menyalurkan maklumat dan berkongsi informasi kepada rakan industri berkaitan kepentingan permohonan pensijilan Halal Malaysia dan keperluan memiliki pensijilan halal Malaysia bagi pengusaha-pengusaha hotel yang berhasrat untuk menawarkan sajian Buffet Ramadhan atau mempromosi makanan halal kepada masyarakat.

Program yang berlangsung hampir 3 jam ini telah diisi dengan 2 sesi pembentangan yang menyentuh isu-isu sekitar promosi Buffet Ramadhan dan kepentingan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang disampaikan oleh pegawai kanan dari Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Program kesedaran halal ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Bukhari Md. Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN MAHO UTAMA 25042019

LAWATAN MAHO 2 25042019

LAWATAN MAHO 3 25042019

LAWATAN MAHO 4 25042019

LAWATAN MAHO 5 25042019

LAWATAN MAHO 6 25042019

LAWATAN MAHO 8 25042019

LAWATAN MAHO 9 25042019




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 14 Jun 2019.
Jumlah Pelawat :12306437