WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA, 10 Mei 2019 - Agenda melebar risalah menyantuni ummah diteruskan dengan Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima kunjungan dari pihak Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini.

Pertemuan dan perbincangan yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya ini bertujuan untuk menyemak dan berkongsi maklumat serta pandangan berkaitan kandungan Prototype Game - Based Educational Tool : Enhancing Stakeholders Competence On Halal - Product Management.

Kandungan tersebut memperincikan pembangunan Simulator Halal yang merupakan salah satu alternatif pembelajaran melalui inisiatif permainan berkonsepkan pemahaman terhadap Prosedur Pensijilan Halal Malaysia kepada pihak industri.

Projek yang diusahakan oleh pihak USIM dengan kerjasama JAKIM ini menumpukan kepada kaedah pembelajaran yang perlu difahami pihak industri bagi proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dari peringkat awal permohonan sehingga SPHM diperolehi. Simulator Halal ini juga telah mendapat anugerah inovasi diperingkat Universiti.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN USIM UTAMA 10052019

LAWATAN USIM 2 10052019

LAWATAN USIM 3 10052019




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 18 Julai 2019.
Jumlah Pelawat :12321639