WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA - Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM telah menerima kunjung hormat daripada The Japan Council of Local Authorities for International Relations, Singapore (J.CLAIR Singapore) pada 14 Mei 2019 lalu yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan J.CLAIR Singapore yang diketuai oleh Puan Honda Masami selaku Timbalan Pengarah J.CLAIR Singapore bersama delegasinya termasuk penterjemah bahasa bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ekosistem halal Malaysia dan asas permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Sesi perbicangan telah dipengerusikan oleh YBrs Tuan Muhammad Naim bin Mohd Aziz selaku wakil Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia. Beliau menjelaskan secara asas tentang permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia disamping menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan tersebut termasuk hal berkaitan Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Pertemuan lebih sejam itu turut dihadiri oleh beberapa pegawai Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM termasuk pegawai kanan MHM, Ustaz Mohd Fadhli bin Mohd Yusof.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN SINGAPORE UTAMA 14052019

LAWATAN SINGAPORE 2 14052019

LAWATAN SINGAPORE 3 14052019




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 September 2019.
Jumlah Pelawat :12339199