WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal telah melaksanakan sesi taklimat berkaitan Halal Malaysia kepada para penyelidik The Pacific Asian Consortium for International Business Education and Research (PACIBER) pada 10 Julai 2019 yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.
 
Sesi taklimat sempena Persidangan PACIBER 2019 yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM itu telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Majlis Halal Malaysia, Tuan Mohd Asri bin Abdullah. Beliau menyampaikan taklimat mengenai asas pensijilan halal Malaysia dan luar negara disamping menjawab persoalan berkaitan isu-isu pensijilan halal yang dibangkitkan oleh ahli persidangan yang terdiri daripada penyelidik-penyelidik antarabangsa dari pelbagai negara.
 
Persidangan PACIBER ini merupakan satu platform bagi pertukaran idea dan maklumat diantara ahli-ahli universiti dan tenaga pakar dalam industri. Ini membuktikan bahawa JAKIM sentiasa menjadi rujukan pihak dalam dan luar negara serta memainkan peranan yang terbaik dalam melonjakkan kedudukan halal Malaysia ke pentas global.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
 
TAKLIMAT PACIBER 1 100719
 
TAKLIMAT PACIBER 2 100719
 
TAKLIMAT PACIBER 3 100719
 
TAKLIMAT PACIBER 4 100719
 
TAKLIMAT PACIBER 5 100719
 
TAKLIMAT PACIBER 6 100719
 
TAKLIMAT PACIBER 7 100719



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 10 Oktober 2019.
Jumlah Pelawat :12345599