WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA - JAKIM melalui Sekretariat Majlis Halal Malaysia telah menerima kunjung hormat delegasi dari Moscow, Russia dan Persatuan Perniagaan Islam Antarabangsa (IAIB) pada 12 Julai 2019 yang lalu.
 
Pertemuan yang berlangsung di Blok D Kompleks Islam Putrajaya itu dihadiri oleh Presiden IAIB, Marat Kabaev bersama Presiden Persatuan Pedagang Asean, Dato' Hj Moehamad Izat Emir dan beberapa 10 delegasi lain. Pertemuan selama 1 jam itu menjurus kepada beberapa perbicangan berkisar pensijilan halal luar negara, asas-asas permohonan pensijilan halal dan pemakluman jemputan program halal antarabangsa yang akan berlangsung di Moscow pada Oktober 2019 nanti.
 
Pengarah SMHM, YBhg Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee mempengerusikan perbicangan itu dengan menyampaikan taklimat korporat berkaitan Halal Malaysia, inisiatif-inisiatif oleh Majlis Halal Malaysia serta turut berkongsi pendedahan mengenai pensijilan halal yang dijalankan di Malaysia dan luar negara.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
 
Kunjung Hormat Delegasi Russia dan IAIB 1
 
Kunjung Hormat Delegasi Russia dan IAIB 2
 
Kunjung Hormat Delegasi Russia dan IAIB 3
 
Kunjung Hormat Delegasi Russia dan IAIB 4
 
Kunjung Hormat Delegasi Russia dan IAIB 5



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2019.
Jumlah Pelawat :12348180