Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA – 25 Februari 2021, Bahagian Maqasid Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah bersama bahagian-bahagian di bawah Sektor Dasar JAKIM. Sebanyak 6 Bahagian yang terlibat dalam Sesi Libat Urus ini iaitu Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Bahagian Penyelidikan, Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar, Bahagian Pengurusan Halal dan Bahagian Kawal Selia Halal.

Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal telah mengendalikan Sesi Libat Urus ini secara atas talian melalui aplikasi zoom. Seramai 70 orang pegawai termasuk Pengarah Bahagian telah menyertai program ini yang berlangsung selama 2 jam bermula jam 2.45 petang hingga 4.45 petang.

Sesi libat urus ini diadakan untuk memberi penjelasan dan kefahaman mengenai Maqasid Syariah dan pengaplikasiannya dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi serta pelaksanaan I~MaqSD.

Semoga program ini dapat memberikan impak positif kepada semua warga Sektor Dasar JAKIM dalam membawa hala tuju pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia berasaskan kerangka strategik Maqasid Syariah.

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Sektor Dasar 1

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Sektor Dasar 2

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Sektor Dasar 3

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Sektor Dasar 4

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Sektor Dasar 5