Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya – 17 hingga 18 Mac 2021 (Rabu-Khamis), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penggubalan Manual Elemen Kesalahan Jenayah Syariah Siri 1/2021 secara atas talian. Perbincangan yang telah dialu-alukan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS tersebut dihadiri oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama (KPPA) dan wakil Ketua Pendakwa Syarie (KPS) negeri-negeri.
 
Undang-undang yang dijadikan asas rujukan dalam penyediaan Manual Elemen Kesalahan Jenayah Syariah ialah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]. Sebanyak 6 peruntukan undang-undang telah dibincang iaitu seksyen 20 (kesalahan perbuatan sumbang mahram), seksyen 21 (kesalahan pelacuran), seksyen 22 (kesalahan muncikari), seksyen 23 (kesalahan persetubuhan luar nikah), seksyen 24 (kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah) dan seksyen 26 (kesalahan musahaqah). Secara keseluruhannya Jawatankuasa Kerja Penggubalan Manual Elemen Kesalahan Jenayah Syariah telah berjaya membincangkan 24 peruntukan undang-undang setakat ini.
 
Selaras dengan hasrat pemerkasaan institusi penguatkuasaan Syariah, Manual tersebut diharapkan dapat dijadikan panduan dalam pelaksanaan tugas Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia kelak.
 
Penggubalan Model Manual Elemen Kesalahan Jenayah Syariah 1
 
Penggubalan Model Manual Elemen Kesalahan Jenayah Syariah 2
 
Penggubalan Model Manual Elemen Kesalahan Jenayah Syariah 3