WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 4-6 Februari 2020 Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Bengkel Training of Trainers Manual Pemantauan KAFA bertempat di Bilik Al-Khawarizmi, Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan serta latihan kepada Penyelia KAFA negeri seramai 30 orang berkenaan kaedah penggunaan Manual dan Instrumen Pemantauan KAFA baharu yang akan mula dilaksanakan tahun ini. Manual pemantauan KAFA diperkenalkan sebagai garis panduan kepada Penyelia KAFA untuk melaksanakan pemantauan dengan lebih efektif.
 
Antara pengisian bengkel ini ialah Taklimat Manual Pemantauan KAFA, Taklimat Pemarkahan Instrumen Pemantauan KAFA, Penggunaan Borang dan Pengisian Markah dalam Sistem, serta sesi pembentangan peserta.
 
Peserta turut turun di 3 buah sekolah KAFA di Putrajaya bagi mengikuti sesi praktikal pemantauan. Sekolah yang terpilih ialah Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17(1), Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(2), dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2).
 
Sesi penutupan bengkel disempurnakan oleh Ustazah Nor Hanim binti Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM.
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 03 April 2020.
Jumlah Pelawat :12393702