VISI
Untuk Menjadi Penyedia Perkhidmatan Khidmat pengurusan Terbaik Bagi Memenuhi Aspirasi Jabatan.
 
 
MISI
Menjadi Bahagian yang Berintegriti, Berinovasi dan berwibawa Bagi Meningkatkan Mutu Penyampaian Sokongan Kepada Jabatan.
 
 
OBJEKTIF
Menyediakan Perkhidmatan Sokongan Yang Cekap, Efektif Dan Mesra Pelanggan.
 
 
FUNGSI

A. SEKSYEN PENTADBIRAN AM

UNIT PENTADBIRAN

(Urusan Jabatan)
  1. Mengurus dan mengemaskini hal ehwal pentadbiran Jabatan.
  2. Mentadbir dan menguruskan Rekod Kehadiran Jabatan (Sistem iHADIR)
  3. Menguruskan perpindahan Bahagian
  4. Menguruskan kerja-kerja ubah suai Bahagian
  5. Menguruskan penyusunan semula ruang kerja Bahagian
  6. Menguruskan surat khabar Jabatan
  7. Menguruskan perolehan dan pengagihan pakaian seragam pembantu operasi, pemandu dan pegawai makmal untuk keseluruhan ibu pejabat JAKIM.

(Urusan Bahagian)
  1. Menyelaras Penyediaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan SKS
  2. Menguruskan urusan Kewangan Bahagian
  3. Menyelaras urusan pentadbiran kakitangan di Bahagian


UNIT KENDERAAN
  1. Menguruskan kenderaan jabatan, Kereta Rasmi Jawatan dan Kenderaan Sewa mengikut pekeliling yang berkuatkuasa bagi ibu pejabat dan PTJ.
  2. Memproses permohonan tempahan kenderaan secara dalam talian melalui sistem eTempahan.
  3. Mengurus pengagihan jadual tugasan pemandu kenderaan BKP
  4. Mengurus pembekalan dan penggantian Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) bagi pegawai JUSA dan kereta jabatan sewaan SPANCO di seluruh JAKIM dan PTJ
  5. Menyelaras urusan kemalangan kenderaan jabatan
  6. Mengurus Pembelian Kereta Rasmi Jawatan selepas bersara (OTP) bagi Pegawai JUSA JAKIM
  7. Mengurus kad inden minyak Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) bagi Pegawai JUSA JAKIM dan kenderaan jabatan BKP
  8. Mengurus kad sistem bayaran tol tanpa resit (KSBTTR) Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) bagi Pegawai Pengurusan Tertinggi dan kenderaan jabatan BKP
  9. Mengurus penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan jabatan BKP
  10. Menyelaras dan memantau saman kenderaan jabatan
  11. Mengurus pelupusan dan penggantian serta pemeriksaan tahunan kenderaan jabatan BKP


UNIT KESELAMATAN
  1. Mengurus dan memantau keselamatan jabatan termasuk bangunan, fizikal dan dokumen.
  2. Menentukan polisi dan prosedur keselamatan JAKIM
  3. Melaksanakan Inspektorat Keselamatan Perlindungan ke atas Bahagian-bahagian di JAKIM dan Fasiliti-fasiliti dibawah JAKIM
  4. Menguruskan pelantikan pegawai awam di bawah Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi KKM
  5. Menguruskan pelantikan Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) di JAKIM
  6. Bekerjasama dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi keselamatan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat malaysia dalam menyelaras keselamatan aset fizikal, informasi dan personel
  7. Memberi khidmat runding dan nasihat berhubung keselamatan di JAKIM
  8. Merancang, mengurus dan menilai kawalan keselamatan oleh syarikat kawalan keselamatan swasta di JAKIM
  9. Menilai dan menguruskan sistem-sistem keselamatan di JAKIM
  10. Menguat kuasa dan melaksanakan peraturan-peraturan keselamatan di JAKIM
  11. Melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan kawalan keselamatan aspek fizikal dan personel di JAKIM
  12. Urusetia kepada Pasukan Bertindak kebakaran dan Kecemasan (PBKK) di JAKIM
  13. Mengeluarkan Pas Keselamatan dan Kad Pengenalan jabatan di JAKIM
  14. Menguruskan kawalan keselamatan Majlis-majlis Rasmi JAKIM
  15. Melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan ke atas perkhidmatan kawalan keselamatan swasta di JAKIM
  16. Menyediakan dan Melaksanakan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan Jabatan
  17. Menguruskan kemudahan tempat letak kenderaan kakitangan dan jabatan.


UNIT PENGURUSAN KUALITI DAN INOVASI
  1. Menguruskan pelaksanaan Pensijilan MS ISO 9001:2015 Bahagian Khidmat Pengurusan.
  2. Menyelarasan Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JAKIM.
  3. Melaksanakan pemantauan dan pemeliharaan kualiti pelaksanaan myPortfolio pegawai JAKIM.
  4. Menyelaras Pelaksanaan Star Rating Jabatan
  5. Mendaftar kumpulan KIK dan keahliannya.
  6. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program-program berunsurkan peningkatan inovasi dan kreativiti secara terancang dan sistematik.
  7. Sebagai fasilitator kumpulan (bagi kumpulan yang tidak melantik fasilitator secara khusus).
  8. Menyediakan perakuan projek KIK untuk kelulusan Jawatankuasa Pemandu Inovasi.
  9. Mengurus dan menyelaras penyertaan KIK ke pertandingan pada peringkat tempatan atau antarabangsa.
  10. Memuat naik maklumat KIK dalam Hab Inovasi Sektor Awam (HISA).
  11. Memudah cara urusan pengembangan projek KIK.
  12. Mengurus perlindungan harta intelek projek.
  13. Mengurus permohonan perolehan dana, khidmat rundingan dan pelantikan ejen daripada agensi-agensi berkaitan pengkomersialan.
  14. Menjadi urus setia KIK peringkat JAKIM dan penyelaras bagi pertandingan KIK dan Hari Inovasi peringkat JPM.


B. SEKSYEN PENYELARASAN DAN FASILITI
  1. Mengurus dan mengawalselia Fasiliti Gunasama di JAKIM dalam pengurusan sistem tempatan auditorium dan bilik mesyuarat serta permohonan kelengkapan untuk kegunaan Bahagian.
  2. Menyelaras pentadbiran kontrak/perjanjian sewaan/perolehan mengenai kemudahan Fasiliti Jabatan
  3. Menyelaras urusan penyelenggaraan KIP dengan pihak Facility Management dan JKR serta TH
  4. Menyelaras Aduan kerosakan kemudahan di JAKIM
  5. Menyelaras tuntutan bil-bil utiliti Jabatan
  6. Menguruskan permohonan sewaan ruang pejabat di bagi premis Kerajaan dan Bukan Kerajaan


C. SEKSYEN PENGURUSAN ASET DAN STOR

UNIT ASET
  1. Menguruskan penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penyelenggaraan, pemeriksaan, pindahan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira Aset Alih, Aset Hidup dan Aset Tak Ketara Kerajaan.
  2. Urus Setia Mesyuarat JKPAK Jabatan.
  3. Menguruskan penghantaran Laporan Mesyuarat JKPAK ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi setiap suku tahun.
  4. Menguruskan penghantaran Laporan Tahunan Pengurusan Aset Kerajaan ke JPM.
  5. Memantau pengurusan Aset Alih, Aset Hidup dan Aset Tak Ketara Kerajaan di Bahagian/PTJ.
  6. Menguruskan latihan berkaitan aset dengan kerjasama Unit Latihan BPSM.
  7. Menyelaras permohonan dan perolehan Aset Alih, Aset Hidup dan Aset Tak Ketara Kerajaan.


UNIT STOR
  1. Menguruskan penerimaan, rekod penyimpanan, pengeluaran, pindahan, verifikasi, pelupusan, kehilangan dan hapus kira stok.
  2. Urus Setia Mesyuarat JKPAK Jabatan.
  3. Menguruskan penghantaran Laporan Kedudukan Semasa Stok, Pindahan, Pelupusan dan Hapus Kira Stok ke Jabatan Perdana Menteri bagi setiap suku tahun.
  4. Menguruskan penghantaran Laporan Verifikasi Stor ke JPM pada setiap akhir tahun.
  5. Memantau pengurusan Stor Utama di Ibu Pejabat dan PTJ.
  6. Menguruskan latihan berkaitan stor dengan kerjasama bahagian/ PTJ yang berkenaan.


D. SEKSYEN PENGURUSAN FAIL DAN KEURUSETIAAN

UNIT FAIL
  1. Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan, dan Akta Arkib Negara.
  2. Menguruskan pelaksanaan DDMS di JAKIM dan PTJ.
  3. Mengendali urusan keluar/masuk surat menyurat rasmi Jabatan termasuk merekod, mengagih dan penghantaran.
  4. Mengendalikan urusan fail jabatan termasuk pendaftaran, pergerakan proses merekod dan pengkelasan.
  5. Menguruskan latihan berkaitan stor dengan kerjasama bahagian/ PTJ yang berkenaan.
  6. Menyelaras sistem pengurusan rekod elektronik DDMS.


UNIT KEURUSETIAAN
  1. Mengurus Majlis-majlis Rasmi Peringkat Jabatan termasuk Majlis Perhimpunan Bulanan JAKIM, Majlis Perhimpunan Agensi Agama di bawah YB Menteri, Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Sambutan Hari Raya.
  2. Bertindak sebagai jawatankuasa pelaksana bagi Majlis Sambutan Hari Kebesaran Islam seperti Maal Hijrah dan Maulidur Rasul.
  3. Mengurusetiakan Mesyuarat Utama Jabatan seperti Mesyuarat Pagi/ Mingguan JAKIM, Mesyuarat Sektor Pengurusan JAKIM dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan JAKIM.


PIAGAM PELANGGAN
  1. Memastikan pelaksanaan pengurusan pentadbiran berdasarkan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.
  2. Mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  3. Penyisihan dokumen dalam tempoh tiga (3) jam selepas penerimaan.
  4. Penghantaran dokumen melalui pos mengikut jadual yang ditetapkan.
  5. Memproses permohonan pas pengenalan jabatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  6. Memberikan maklum balas tempahan kenderaan dalam tempoh 24 jam melalui sistem.
  7. Memberikan maklum balas tempahan bilik mesyuarat dalam tempoh 24 jam melalui sistem.
  8. Memproses permohonan pembukaan fail baharu dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  9. Memproses permohonan stok dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  10. Memproses pendaftaran aset alih dalam tempoh 14 hari selepas dokumen yang lengkap diterima.