Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Melaka, 12 Mac 2021 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan iaitu Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee itu turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Mufti Melaka YBhg. Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil bersama timbalan mufti, Setiausaha MAIM YBrs. Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim beserta ahli mesyuarat yang lain.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-119 yang bakal diadakan pada 7-9 April 2021 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka.

Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI ke 119 1

Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI ke 119 2

Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI ke 119 3

Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI ke 119 4

Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI ke 119 5

Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI ke 119 6

Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI ke 119 7

Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI ke 119 8

Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI ke 119 9

Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI ke 119 10

Mesyuarat Pra Pelaksanaan Muzakarah MKI ke 119 11