Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 2 April 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah kepada warga YWM. Seramai 12 orang pegawai-pegawai kanan YWM termasuk YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyertai sesi Libat Urus

Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal secara atas talian melalui aplikasi zoom bermula jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi penjelasan mengenai aplikasi Maqasid Syariah dalam tadbir urus organisasi dan pelaksanaan I~MaqSD.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi, inisiatif serta program agensi selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YWM 1
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YWM 2
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama YWM 3