Kurator Berita : Darul Quran
13-15 April 2021 - Darul Quran melalui Cawangan Kualiti telah mengadakan Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 9001: 2015 & MS 1900 : 2014 Tahun 2021 selama tiga hari di Dewan Maktabah Darul Quran. Kursus ini telah dikendalikan oleh Juru Perunding Mercu Inovasi Training & Consulting, Puan Suhaini Haji Hassan.
 
Antara objektif pelaksanaan kursus ini adalah untuk memperkemaskan kemahiran serta kompetensi juruaudit dalaman DQ. Untuk rekod, DQ merupakan pemegang Sijil ISO 9001:2015 bagi Sistem Pengurusan Kualiti serta Sijil MS 1900:2014 bagi Shariah-based Quality Management Systems.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti, Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin. Semoga Darul Quran dapat terus mengekalkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti mengikut standard yang ditetapkan oleh SIRIM seterusnya memberikan khidmat yang terbaik kepada para pelanggannya khususnya kepada para pelajar DQ.
 
Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 90012015 MS 19002014 DQ 1
 
Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 90012015 MS 19002014 DQ 2
 
Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 90012015 MS 19002014 DQ 3
 
Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 90012015 MS 19002014 DQ 4
 
Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 90012015 MS 19002014 DQ 5
 
Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 90012015 MS 19002014 DQ 6
 
Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 90012015 MS 19002014 DQ 7
 
Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 90012015 MS 19002014 DQ 8
 
Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 90012015 MS 19002014 DQ 9
 
Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 90012015 MS 19002014 DQ 10
 
Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 90012015 MS 19002014 DQ 11