5 Disember 2015- Pengajian Sepanjang Hayat merupakan projek printis  dijalankan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kerjasama dengan Institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Program ini memfokuskan golongan pencen dan warga emas serta penjawat awam di putrajaya. Program ini adalah lanjutan kepada pendidikan sedia ada di universiti berkenaan. Walau bagaimanapun, ia diteruskan di masjid ini bertujuan menerapkan konsep menuntut ilmu yang berguna sebagai “ibadah di kalangan peserta” selaras pendidikan Islam “dari buaian ke liang lahad”. Semua para pelajar menerima sijil penyertaan sebagai  tanda menamatkan pengajian tersebut. Seramai 132 orang penerima sijil pengajian iaitu 45 orang lelaki, 87 orang perempuan. Bagi pengajian Quran Assunnah –USIM seramai 31 orang, pengajian Syariah-UKM seramai 44 orang, pengajian Islam –UIAM seramai 25 orang. Manakala seramai 32 orang pelajar pengajian Quran Bersanad. Majlis Graduasi ini telah dirasmikan oleh YBhg. Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. Turut hadir mantan Imam Besar Haji Hazarudin bin Haji Baharudin dan wakil daripada ketiga-tiga universiti.
 
Program Pengajian Islam Sepanjang Hayat telah bermula awal Januari 2015 dan telah tamat pada September 2015. Program ini dianjurkan bertujuan mengimarahkan masjid sekaligus menyemai impian golongan warga emas mahupun masyarakat setempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Para pelajar yang mengikuti pengajian ini terdiri dari kalangan warga emas, suri rumah, golongan pesara malah penjawat awam yang tinggal di Putrajaya dan penduduk berhampiran. Program yang mendapat sokongan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan juga institusi pengajian yang terlibat telah menjadikan masjid salah satu institusi ibadah yang dapat menarik minat semua golongan untuk mengimarahkan setiap aktiviti yang dianjurkan.
 
Komitmen dan ketekunan yang dipamerkan oleh para peserta program ini telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada bulan September yang lalu. Harapan, semoga budaya menuntut ilmu akan diteruskan agar menjadi masyarakat yang berilmu dunia dan akhirat.
 
Menuntut Ilmu Hingga ke Liang Lahad 1
 
Menuntut Ilmu Hingga ke Liang Lahad 2
 
Menuntut Ilmu Hingga ke Liang Lahad 3
 
Menuntut Ilmu Hingga ke Liang Lahad 4
 
Menuntut Ilmu Hingga ke Liang Lahad 5
 
Menuntut Ilmu Hingga ke Liang Lahad 6
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 Januari 2018.
Jumlah Pelawat :12162403