Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Sambutan Jubli Emas MKI 2

“MKI PEMANGKIN KEMAKMURAN BERSAMA”

 

Sambutan Jubli Emas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dengan tema “MKI Pemangkin Kemakmuran Bersama” telah dijayakan bermula pada hari Jumaat, 4 Rabiulawwal 1441 Hijrah bersamaan 1 November 2019M hingga hari Khamis, 10 Rabiulawwal 1441 Hijrah bersamaam 7 November 2019M. Sambutan Jubli Emas ini dimeriahkan dengan lima (5) acara pengisian iaitu Wawancara Eksklusif MKI,  Penerbitan Artikel Khas MKI, Penerbitan Buku Coffee Table MKI, Pameran MKI dan sebagai acara kemuncak kepada sambutan ini, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan menyempurnakan Majlis Titah Diraja di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada hari Khamis, 7 November 2019 dengan tajuk “Berkubu di atas Gunung Sejarah, Merenung Ke Depan, Menyusun Langkah.”

 

          Seramai lebih kurang 1,500 orang dif jemputan telah menghadiri Majlis Titah Diraja ini mewakili kumpulan pengurusan tertinggi dan profesional di peringkat persekutuan mahupun negeri seluruh Malaysia. Matlamat program ini adalah untuk memperingati dan menghargai jasa serta pengorbanan para alim ulama dan umara’ yang telah merintis jalan demi melestarikan tadbir urus hal ehwal Islam di Malaysia sehingga negara ini dikenali sebagai antara model negara Islam yang boleh dicontohi di peringkat serantau dan antarabangsa hari ini.

 

          Memetik Titah Diraja oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena sambutan ini sebagai renungan bersama:

 

“Umat Islam mempunyai tanggungjawab besar untuk membantu negara, merangka formula, memperkenalkan program-program Islam yang lebih berkesan, menyemai kembali pegangan tauhid dan keimanan yang kukuh dalam kalangan ummah, agar nilai-nilai murni, jujur, amanah dan ikhlas menjadi darah daging kepada setiap umat Islam.... Di samping peranan yang dilaksanakan oleh MKI, setiap organisasi Islam dan setiap umat Islam memiliki tanggungjawab fardu kifayah untuk meletakkan negara ini berada pada landasan yang betul, agar menjadi sebuah negara yang sejahtera dan mendapat keampunan ilahi, Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur.”

 

Laporan disediakan oleh:

Sekretariat MKI

Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
 
 
Sambutan Jubli Emas MKI 3
 
Sambutan Jubli Emas MKI 4
 
Sambutan Jubli Emas MKI 5
 
Sambutan Jubli Emas MKI 6
 
Sambutan Jubli Emas MKI 7
 
Sambutan Jubli Emas MKI 8
 
Sambutan Jubli Emas MKI 9
 
Sambutan Jubli Emas MKI 10
 
Sambutan Jubli Emas MKI 11
 
Sambutan Jubli Emas MKI 12
 
Sambutan Jubli Emas MKI 13
 
Sambutan Jubli Emas MKI 14
 
Sambutan Jubli Emas MKI 15
 
Sambutan Jubli Emas MKI 16