Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan

Memetik kata Saidina Alir.a. yang bermaksud: Kebenaran tanpaperancangan akan ditewaskan oleh kebatilan yang terancang”

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Sasaran Kerja Strategik (SKS) Jakim (Pertengahan Tahun 2016) pada 8 hingga 9 Ogos 2016 bertempat di Dewan Persidangan, AK5, Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi.

 

Seramai 75 orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan Jakim telah hadir.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim ini bertujuan menilai tahap pencapaian sasaran kerja strategik Jakim 2015-2019 khususnya bagi sasaran tahun 2016 serta memastikan pelaksanaan program berada pada landasan yang menepati teras strategik.

 

Mesyuarat dimulakan dengan perbincangan maklum balas dan perbincangan perkara-perkara berbangkit yang memerlukan tindakan segera oleh bahagian-bahagian berkaitan. Agenda mesyuarat disambung dengan taklimat pencapaian SKS Jakim secara keseluruhan sehingga Julai 2016. YBhg. Tan Sri Dato’ Ketua Pengarah mengingatkan agar perancangan perlu seiring dengan situasi dan cabaran semasa. YBhg. Tan Sri Dato’ Ketua Pengarah juga menyarankan agar setiap bahagian di Jakim dan JAWI meramal cabaran-cabaran yang bakal mendatang dan mengenal pasti strategi bagi menyelesaikan cabaran tersebut.

 

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan pencapaian setiap teras strategik oleh ketua teras, iaitu:

Teras 1 - Penasihat Undang-Undang Jakim;

Teras 2 - Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan;

Teras 3 - Pengarah Bahagian Perhubungan;

Teras 4 - Pengarah Bahagian Dakwah;

Teras 5 - Pengarah Bahagian Hab Halal;

Teras 6 - Pengarah Bahagian Kemajuan Islam; dan

Teras 7 - Pengarah Bahagian Pengurusan sumber Manusia.

 

Seterusnya YBrs. Pengarah JAWI, Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, membentangkan Pelan Strategik JAWI 2016-2020. Pembentangan pencapaian sasaran kerja strategik JAWI sehingga Julai 2016 menutup tirai mesyuarat SKS pada kali ini.

 

Sebelum mesyuarat ditangguhkan, YBhg. Tan Sri Dato’ Ketua Pengarah Jakim mengingatkan agar setiap ketua dan ahli teras melihat semula sasaran yang perlu diubah suai dan ditambah baik dalam teras strategik dengan mengambil kira kemampuan tenaga kerja dan kewangan.

sks COVER BERITA

SKS 2016 1

SKS 2016 2

SKS 2016 3

SKS 2016 4

SKS 2016 5

SKS 2016 6