Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Bandar Baru Bangi, 11-13 Februari 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Bengkel Pengimejan Anak Bulan, Penyelarasan Takwim Aktiviti Falak Seluruh Malaysia & Waktu Solat Tahun 2020.

Bengkel ini dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Falak Seluruh Malaysia. Bengkel selama 3 hari 2 malam bertempat di ILIM ini telah berjaya menyelaras perancangan aktiviti falak sepanjang tahun 2020 di peringkat nusantara, kebangsaan, negeri dan setempat. Bengkel ini juga telah menghasilkan rangka awal garis panduan bagi melengkapkan penyelidikan dalam isu pengimejan anak bulan. Selain itu, kerjasama dan kesepakatan dalam menangani isu waktu solat subuh di antara JAKIM dan negeri dipertingkat dalam memandu masyarakat dalam penyediaan Jadual Waktu Solat yang tepat dan sumber rujukan utama.

Bengkel ini telah dimeriahkan dengan penyempurnaan oleh YBrs. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, JAKIM dan YBrs. Dr. Mohd Hafizi bin Sulaiman; Ketua Penolong Pengarah, ILIM. Sebanyak 6 tajuk telah diperbincangkan antaranya Direktori Aktiviti Falak Seluruh Malaysia Tahun 2020, Garis Panduan Awal Pengimejan Anak Bulan dan Aplikasi Statistik Dalam Pengimejan Anak Bulan.
 
Bengkel Anak Bulan dan Waktu Solat 2020 1
 
Bengkel Anak Bulan dan Waktu Solat 2020 2
 
Bengkel Anak Bulan dan Waktu Solat 2020 3
 
Bengkel Anak Bulan dan Waktu Solat 2020 4
 
Bengkel Anak Bulan dan Waktu Solat 2020 5
 
Bengkel Anak Bulan dan Waktu Solat 2020 6
 
Bengkel Anak Bulan dan Waktu Solat 2020 7