Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

KUALA LUMPUR - 18 September 2019, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS), telah mengadakan Lawatan Kajian ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman yang diketuai oleh Puan Noorhafizah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPPS. Lawatan ini dilaksanakan bagi tujuan mendapatkan pandangan dan maklumat untuk merealisasikan Kajian Pemerkasaan Institusi Penguatkuasaan Syariah yang dibuat oleh JAKIM. Sesi temubual telah dilakukan bersama YDH Dato’ Abdul Majid bin Mohd Ali, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan serta pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

 

pdrm1

 

pdrm3

 

pdrm2

 

 

 

pdrm6

 

pdrm5