Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Putrajaya, 26-27 Februari 2020 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah menganjurkan Wacana Pakar Undang-Undang Keterangan siri ketiga bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Kompleks Islam Putrajaya.

Program ini dihadiri oleh 22 orang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie seluruh Malaysia. Bagi mengendalikan wacana tersebut, pihak urus setia telah menjemput YBhg. Dato’ Dr. Hassan bin Abdul Rahman, mantan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh merangkap Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil JAKIM sebagai pemudah cara.

Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah membincangkan berkaitan Seksyen 11 hingga 16 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) berkenaan fakta-fakta relevan (berkaitan) yang boleh diambil kira oleh Pendakwa Syarie dan Pegawai Penguatkuasa Agama semasa melaksanakan tugas Penguatkuasaan dan Pendakwaan.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan lagi penguasaan ilmu dan kemahiran Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie dalam menguruskan kes-kes kesalahan jenayah syariah di Malaysia.

 

Wacana Keterangan Siri Ketiga 1

 Gambar kenangan para peserta dirakamkan bersama YBhg. Dato' Hassan bin Abdul Rahman
dan Tuan Jamali bin Mohd Adnan, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAKIM 

Wacana Keterangan Siri Ketiga 2

 Ucapan alu-aluan oleh Tuan Jamali bin Mohd Adnan, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan
dan Pendakwaan Syariah JAKIM

 

Wacana Keterangan Siri Ketiga 3

 

Wacana Keterangan Siri Ketiga 4

 

Wacana Keterangan Siri Ketiga 5

 

Wacana Keterangan Siri Ketiga 6